Blog Archives

Sebaran buat rakan2 pencinta taman syurga

11/04/2010- Kuliah Dhuha – Sheikh Nuruddin Al Banjari

AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

Dengan sukacitanya diumumkan bahawa AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI akan mengunjungi Baitul Qurra pada hari Ahad 11 April 2010 dan akan menyampaikan Kuliah Dhuha.

Majlis ilmu ini akan bermula pada jam 10 pagi. Semua deijemput hadir. Semoga majlis in medapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanallahuwata’ala.

sumber :  baitul qurra

————————————————————————————————-

Assalamualaikum,

buat sahabat-sahabat MMMC sekalian, insyaAllah hari ahad 11 April 2010 akan ada kuliah dhuha tafaqquh fiddin di baitul qurra’ , sungai udang melaka.. sesiapa yang berhajat untuk pergi sila hubungi saya yer.. (ym saya atau hubungi no phone ).. insyaAllah kita gerak sama2…..

moga kita mendapat keberkatan daripada Allah dalam usaha untuk mencari ilmu dan mentarbiah diri insyaAllah..

~Jom ke taman syurga…!!

Category: Life o life  2 Comments

Melaka..

Assalamualaikum,

Alhamdulillahi Allahuakbar,

Minggu orientasi sudah ke penghujung. alhamdulillah sudah diberi gambaran tentang suasana yang bakal diempuhi di campus melaka ni.. dan yang paling menyeronokkan adalah lambakan kuliah2 ilmu yang keterdapatan di sekitar melaka tengah ni yang kesemuanya hanya sejengkal cuma (terubat rindu nak menghadiri majlis ilmu sebegitu.. (^_^) ).. aljohory sempat mengikuti 2-3 kuliah, insyaAllah apa yang dapat akan dikongsi bersama2 dalam post yang seterusnya..

slot2 yang terisi dalam minggu orientasi nih tak kurang menarik nya juga.. akan dikongsi juga kemudian insyaAllah..

till next time

~adieu

p/s – ustaz di surau al-muttaqin (if i’m not mistaken the name) tadi ada berbicara tentang tawadhuknya doa “Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil ‘akhirati hasanatan waqina ‘adhaban-nar’.. menarik.. nanti kita bualkan di post yang lain yer.. tungguuu

Category: Life o life  One Comment

~ Start of something new ~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,

Semester baru, campus baru, bilik hostel baru, semangat baru, azam baru, tekad baru, baju baru, kasut baru, bini baru, senang cerita semuanya baru2 belaka…

Cukup lama sudah alJohory bertapa.. sunyi tanpa tulisan.. sunyi tanpa berita… sunyi tanpa mengupdate article2 terbaru di laman perjuangan maya “Just A Piece Of My Mind” nih..

Yurp, memang alJohory mengambil keputusan untuk menyepi seketika 6 bulan yang lalu. Dan dalam tempoh tersebut,  banyak isu2 menarik yang telah berlaku.. terlalu banyak yang boleh dikupas.. namun alJohory mengambil keputusan untuk menjadi silent reader dan memerhati komen2 dan ulasan-ulasan orang lain. Cukup banyak, ada yang positif malah ada yang negatif… namun itu semuanya terpulang kepada interpretasi fikiran masing2 and the way you perceive that matter..

Kepada sahabat-sahabat terdekat alJohory yang telah menukar address laman blog atau laman web masing2, usah risau, kebanyakannya alJohory dapat kesan laman web terbaru anda dan sentiasa menjenguk dan membaca update2 terkini anda… [yah! obviously i'm stalking you!! ekeke], teruskan penulisan dan ISTIQAMAH. (^_^)

Maka dengan ini alJohory membuka lembaran baru bagi blog ini.. insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa ; Live from MALACCA. berkemungkinan akan bertukar arah kepada article2 kesihatan serta apa2 yang menarik alJohory untuk berkongsi bersama sahabat2 sekalian. semoga di kurniakan kekuatan dan ketetapan hati serta dihindari dari segala perbuatan buruk dan kejahatan diri insyaAllah.. doakan alJohory

kepada sahabat2 yang menjenguk, tinggalkan komen dibawah… let me know ur still there yah! … uhibbukum fillah.

~moga di beri kekuatan

A START OF SOMETHING NEW ~ adieu

p/s – template blog ditukar sudah, bagi semangat baru sket.. :-)

Category: Life o life  4 Comments

aWaKen ~

~~~

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings in different lenght and sizes
And we felt so very statiesfied

We bought and bought
we couldn’t stop buying
We gave charity to the poor cause we couldn’t stand their crying
We thaught we paid our dues but in fact
To ourselves we’re just lying

Oh…I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and Costa del Sol
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very statisfied

We felt our money gave us infinit power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have anytime to lose…when we were(were)
So busy feeling so statisfied

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold

To fill the emptiness we bought and bought
Maybe all the fancy cars and bling will make us statisfied

My dear brother and sister it’s time to change inside
Open your eyes…Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes when there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself…cause Allah’s watching you

Is he statisfied?…Is Allah satisfied?

Oh…I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

~~~

updated.. (^____^) . beautiful song with a strong message

Pembentukan Jiwa Remaja Yang Bertaqwa 3

Assalamualaikum

Berikut merupakan bahagian terakhir daripada post;

Semoga dengan ini kita sama-sama dapat mengislahkan diri dan memperbaiki segala kekurangan dan kecacatan akhlaq dan peribadi, insyaAllah.

Mengamalkan akhlak yang baik:

17. Mengamalkan akhlak yang baik adalah satu daripada jalan-jalan yang paling penting dalam membentuk jiwa bertaqwa dalam diri para remaja dan belia sama ada lelaki atau wanita.

18. Akhlak yang baik sedemikian penting sehingga dalam al-Quran nabi Muhammad saw dipuji oleh Allah dengan menyebutnya dari segi akhlaknya, sebagaimana yang jelas dalam ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya akhlak tuan hamba sungguhnya hebat wahai Muhammad):.(al-Qalam:4).

Dan dalam hadith riwayat Abu Daud dinyatakan bahawa Nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan di kalangan sarjana Barat terkenal bahawa pimpinan Rasulullah saw berkesan “by sheer moral force” kerana akhlaknya yang sedemikian bertenaga.

19. Sifat-sifat yang mulia itu hendaklah difahami dan diyakini kebaikannya bagi membentuk ketaqwaan, mulai dengan sifat-sifat yang ada pada Nabi saw sendiri – sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan kebenaran) dan fatanah atau kebijaksanaan (dan kita menjadi bijaksana kerana kita menumpang kebijaksanaan Allah dan RasulNya dengan kita memahami Quran dan Sunnahnya dan kitab-kitab ulama yang menghuraikan kedua-duanya). Hendaklah kita berperagai dengan perangai yang baik seperti pemurah, ikhlas, rajin dalam kebajikan, tepat menunaikan janji,peramah, suka menolong orang yang memerlukan pertolongan, sabar , tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

20. Dan boleh disebutkan bahawa sebagai pelajar perlu dijaga, untuk menjaga ketaqwaan: keimanan yang kuat, pengabdian kepada Tuhan, akhlak yang mulia, mengambil berat tentangt usaha mempelajari ilmu, samada ilmu keagamaan atau juga ilmu-ilmu lainnya yang bermanafaat dalam rangka fardhu kifayah, disiplin dalam hidup dengan penuh tertib dalam semua perkara: dalam ibadat, belajar, pergaulan, dengan guru dan ibu bapa serta kawan-kawan dan seterusnya, serta sifat gigih atau bersungguh-sungguh.

21. Dan dalam hubungan dengan pelajar juga perlu disebut sifat-sifat taqwa sebagai pelajar: bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu kerana Allah dan kerana hendak memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara dan ummat Islam, bahkan ummat manusia amnya. Juga hendaklah dijayakan budaya membaca dan mencatit secara berkesan, juga budaya membeli buku bila ada kemampuan. more…

anak anak sekalian~

Nak berhibur tu silalah,

tapi

Biarlah berpada-pada dan menjaga batasan syariatnya yer anak-anak..

~

Tunjukkan daku jalan itu..

فأكْثِرَنْ من ذكرها بالأدبِ   ::   ترقى بهذا الذكر أعلى الرتبِ

وغَلَِبِ الخوفَ على الرجاء   ::   وسِرْ لمولاكَ بلا تناءِ

وجَدِّدِ التَّوبةَ للأوزارِ   ::   لا تيْاَسَنْ من رحمة الغفارِ

وكن على آلائِهِ شكورا   ::   وكن على بلائه صبورا

وكل أمرٍ بالقضاء والقدرْ   ::   وكل مقدورٍ فما عنه مفَرّْ

فكُنْ له مُسَلِّماً كَيْ تَسْلَما   ::   واتبع سبيل الناسكين العُلَما

وخَلِّصِ القلبَ من الأغيارِ   ::   بالجد والقيامِ في الأسحارِ

والفكر والذكرِ على الدوامِ   ::   مجتنباً لسائرِ الآثامِ

مراقبا لله في الأحوالِ   ::   لترتقي مَعالمَ الكمالِ

وقل بِذُلٍّ ربِّ لا تقطعني  ::   عنك بقاطعٍ ولا تحرمني

Maka perbanyakkanlah menyebut kalimah tersebut (Syahadah) dengan adab, :: Maka akan meningkat dengan zikir ini sehingga martabat tertinggi.

Dan perbanyakkanlah rasa takut berbanding harap :: Dan berjalanlah menuju Tuhanmu tanpa menetap.

Dan perbahruilah taubat terhadap sekalian dosa :: Jangan sesekali putus asa dari rahmat Tuhan Maha Pengampun dosa.

Hendaklah kamu bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang dikurnia :: Dan hendaklah kamu bersabar dengan setiap bala.

Setiap urusan itu adalah dengan Qadha dan Qadar :: Dan setiap ketentuan tiadalah siapa dapat lari.

Jadilah kamu berserah kepadaNya agar sejahtera :: Dan ikutilah jalan ahli ibadah dan ulama’.

Sucikanlah hatimu daripada Al-Aghyar (selain Allah) :: Dengan usaha dan berjaga di malam hari.

Dan berfikir serta berzikir sentiasa :: Serta menjauhi segala dosa.

Hendaklah kamu sentiasa muraqabah Allah dalam setiap keadaan :: Agar kamu meningkat ke Ma’alim kesempurnaan.

Dan berdoalah kepada Tuhan dengan penuh rendah diri:”Jangan Engkau putuskan daku dariMu dengan sebarang halangan dan janganlah haramkan daku (dari wusul).

[Al-Kharidah Al-Bahiyyah, Imam Ad-Dardir]