Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum,
Semalam al-johory berkesempatan untuk menghadiri saturday circle. Terkagum seketika apabila mendengar sahabat al-johory berbicara meluahkan mesej-mesej yang berguna menyentak jiwa lantas al-johory terdetik..
“bagusnya mamat nih, potensi memang sentiasa ada. Tapi sayang bakat yang ada disimpan dan diperam tanpa digunakan sepenuhnya”..
Bukannya al-johory tak pernah dengar beliau bermadah, banyak kali sudah. dan setiap kali itu al-johory terkagum. Namun sayangnya frequensi penggunaan bakat tersebut sangat lah dibataskan. Nampaknya pengaruh-pengaruh keduniaan banyak membataskan pengunaan potensinya.. bangunlah wahai sahabatku, celikkan mata, bukakan minda, gerakkan anggota, carilah dirimu yang telah lama kehilangan dan lawanlah godaan keseronokan dunia..

Pemuda merupakan aset yang amat berharga bagi ummah. sangat-sangat bernilai. sejarah sendiri telah menunjukkan betapa qudrah pemuda mampu membawa perubahan yang sangat signifikan dan kontribusi yang besar buat ummah.
Sultan muhammad al-fateh merupakan seorang pemuda yang paling hebat sehingga dapat menawan kerajaan Rom di Itali yang mana pemerintahan kerajaan Rom selama lebih kurang 1100 tahun jatuh ke tangan seorang pemuda. Ketika Sultan Muhammad Al- Fateh menakluki kerajaan Konstantinopel, usianya 21 tahun. Seorang pemuda yang dijelaskan di dalam hadis Nabi SAW yang mana beliau adalah pemimpin yang paling hebat dan mempunyai tentera yang paling hebat. Di indoenisa, Pemimpin Suharto pernah berkata “berikan aku 10 orang pemuda, dan sudah pasti aku mampu menggongcang dunia.”
Apa yang menyedihkan sekarang, pemuda-pemudi Islam ketika ini banyak yang dibuai leka dengan keseronokan duniawi. Budaya hedonisme dijadikan pedoman hidup. Kehidupan seharian berlandaskan keseronokan semata-mata. Agenda-agenda barat seringkali diagungkan. Aljohory pernah ditakdirkan untuk berada di ibukota ketikamana malam kemerdekaan disambut selama 3 tahun berturut-turut. suasana yang sangat-sangat menyedihkan dapat aljohory lihat.. punah akhlaq pemuda pemudi kita…
BANGUNLAH WAHAI PEMUDA!! BANGUNLAH WAHAI SINGA UMMAH!
sudah tiba masanya hati kita dijentik dan dipaksa untuk berdiri.. ummah sekarang berada didalam bahaya. Kitalah yang mampu merubahnya. Sungguh perubahan ummah perlu bermula daripada individu pemuda itu sendiri dengan pembentukan jiwa yang bertaqwa sebagai langkah pertama. Sama-sama kita renung dan fikirkan..
Al-johory sertakan kertas kerja yang ditulis oleh ustaz uthman el-muhammady pada tahun 2000 sebagai penduan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.
———————————— bermula
PEMBENTUKAN JIWA REMAJA YANG BERTAQWA
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
Pembentukan jiwa remaja yang bertaqwa merupakan satu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua pihak, selain daripada tanggungjawab peribadi orang yang berkenaan itu sendiri.Dengan pembentukan jiwa yang bertaqwa dalam golongan remaja maka keluarga yang bertaqwa dan masyarakat bertaqwa boleh dijayakan; kalau sebaliknya maka keluarga dan masyarakat demikian tidak boleh dijayakan; ini kerana golongan remaja adalah mereka yang mewarisi segalanya dari generasi yang terdahulu daripada mereka.
2. Yang dimaksudkan golongan remaja ialah mereka yang berada dalam had umur yang di bawah daripada tiga puluhan tahun; tetapi dalam penggunaan biasa sekarang mereka itu adalah golongan yang berada dalam belasan tahun dan sebelum tiga puluh tahun; bahkan ada yang menghadkannya kepada belasan tahun.Bagaimanapun pembahagiannya belia atau remaja yang akil baligh dalam islam dianggap mukallaf iaitu bertanggungjawab tentang amalan-amalannya, dan ia mendapat pahala dengan kebaikan yang dilakukannya dan dosa dengan kejahatan yang dilakukannya.
3. Ketaqwaan sedemikian pentingnya sehingga al-Quran menyebutnya beberapa kali. Antaranya Al-Baqarah:189, ayatnya bermaksud
“dan bukanlah kebaktian memasuki rumah-rumah dari belakangnya (sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Arab Jahiliah pada musim haji) tetapi kebaktian (yang sebenar-benar kebaktian itu ialah) kebaktian orang yang bertaqwa”;
al-Baqarah:203, maksudnya:
“Dan berzikirlah dengan menyebut Allah dalam beberapa hari yang terbilang; barangsiapa ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari maka tiada dosa baginya. Dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu) maka tidak ada dosa pula baginya bagi orang yang bertaqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan dikumpulkan kepadaNya”.
ali-’Imran:76, maksudnya
“(Bukan demikian) sebenarnya sesiapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa”.
Dalam al-Baqarah:65 ada ayat yang bermaksud
“Dan sekiranya Ahlil-Kitab beriman dan bertaqwa tentulah Kami tutup (atau hapuskan) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam Syurga -syurga yang penuh ni’mat”.
Surah A’raf:96 terdapat ayat yang bermaksud:
“kalau sekiranya para penduduk neger-negeri beriman dan bertaqwa nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) maka Kami siksakan mereka kerana perbuatan yang mereka lakukan.”
Dalam al-A’raf:201 ada ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari Syaitan mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
Surah an-Nahl:128 ayatnya bermaksud
“Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang melakukan kebaikan.”
Dalam Surah Maryam:72 ayatnya bermaksud
“Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang zalim dalam Neraka dalam keadaan berlutut.”
Surah at-Tahrim:6 ayatnya bermaksud
“Hai orang-orang yang beriman, peliharakanlah diri kamu dan ahli kamu (dengan bertaqwa-sebab dari “pelihara” itu timbul taqwa) dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu…”
Al-Anfal:29 ayatnya bermaksud
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia akan memberikan kepada kamu “furqan” -pembeza antara yang benar dan salah dan yang hak dan batil- dan menghapuskan segala kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa kamu) Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”
Dan banyak lagi ayat-ayat tentang kewajipan bertaqwa itu.
4. Antaranya juga sebutan tentang taqwa sebagai :
Secara ringkas semua kebaikan adalah bagi mereka yang bertaqwa, dan kejahatan dan kebinasaan adalah bagi mereka yang tidak bertaqwa. Dengan itu ketaqwaan adalah kunci semua kejayaan dunia dan akhirat.
5. Yang dimaksudkan ketaqwaan di atas ialah melakukan suruhan Allah dan menjauhkan larangan-laranganNya. Dengan itu ianya kadang-kadang diterjemahkan sebagai takutlah kepada Allah, atau jagalah diri daripada kejahatan, atau laksanakanlah tugas-tugas, atau kasihkan Allah, atau sedar tentang Allah (God consciousness). Ianya takut bercampur dengan kasih dan penghormatan yang teramat sangat.
(Bersambung).. bagaimana membina ketaqwaan?