Kerinduan

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum wa rahmatullah.

Semoga sahabat-sahabat sekalian sihat sejahtera hendaknya di bawah payungan rahmat dan kasih sayang Nya..

Sudah seminggu al-johory kembali berada di manipal , seminggu menyambung rutin harian kelas, dan seminggu kembali melihat muka-muka kebiasaan rakan-rakan seperjuangan di bumi manipal. Esok insyaAllah akan mula posting.. tak sabar rasanya untuk menempuh pengalaman baru..

baru seminggu naik kelas, kerja-kerja sampingan sudah tersedia menanti.. berduyun-duyun kerja mendatang.. harapnya al-johory dapat menguruskan masa dengan lebih baik lagi.. moga dijauhkan sifat malas dan segala jenis maksiat hati yang dapat merosakkan amal dan rutin seharian…

Malam ni al-johory tiba-tiba teringatkan dia. Rindu. Rindu amat.. entah kenapa, secara tiba-tiba rindu itu menebal.. mungkin semasa keramaian petang tadi namanya disebut-sebut berulang kali… menusuk ke hati.. lantas al-johory teringatkan lagu-lagu yang al-johory sering dendangkan untuknya suatu ketika dulu.. dah lama tak dengar, alhamdulillah jumpa juga.. sedikit sebanyak terubat juga rindu sedikit, walaupun terkadang sebak dan sayu bila mendengar..

masakan tidak. kami tidak pernah berjumpa, tidak pernah bersua. tetapi tertariknya hati terhadap dia tidak terhingga. begitu mendalam kesan yang ditinggalkan olehnya.. amat-amat mendalam..

satu persatu sirah nabi muhammad berlegar-legar di ruang fikiran al-johory.. cerita yang tidak pernah lekang daripada pengajaran dan pelajaran.. begitu banyak sekali.. tepu jadinya.

menyingkap lirik lagu raihan…

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
‘Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

cantik amat. lagunya terlalu indah didengar, terlalu mendalam maknanya, dan terkesan amat…

namun al-johory malu.. diri ini pembuat dosa. begiu banyak maksiat terlakukan, sengaja mahupun tidak…. layakkah diri ini dikunjungi Rasulullah? didatangi Rasulullah di dalam mimpi merupakan impian terindah bagi setiap umatnya.. namun layakkah diri ini? layakkah diri ini?…. (T_T)….

moga untuk hari mendatang, kecintaan terhadap Rasulullah ini tak akan pudar. dan al-johory berdoa moga diri ini di’iktiraf sebagai umat nabi muhammad yang layak menerima syafaatnya.. insyaAllah..

wasalam..

p/s – lagu yang al-johory maksudkan – (balada selawat, cahaya selawat, rakan selawat (maulid), ya rasulullah, nabi anak yatim…. kesemuanya didendangkan kumpulan Raihan)

Category: Life o life
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
4 Responses
  1. ika says:

    ika rindu abg airil jgk!!!
    huwaaa!!!!!!!!!!!!
    :o: :o: :o: :o: :o:

  2. hanis says:

    salam ziarah.. :dribble:

  3. salam warahmatullah..

    nice post..

    semoga kita semua trmasuk dlm golongan yg mendapat syafaat baginda.. insyaAllah..

    teruskanlah merindukannya.. :)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>