iqtiqad-iqtiqad kaum Mu’tazilah yang bertentangan dengan kaum ASWJ (siri prelude)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah selesainya siri ‘pengenalan ringkas terhadap kaum Mu’tazilah‘.. Untuk post kali ini, seperti yang dijanjikan,  kita akan menghuraikan tentang iqtiqad-iqtiqad kaum Mu’tazilah yang bertentangan dengan kaum Ahlisunnah walJamaah..


Kepada yang baru sahaja mengikuti post ini, di bawah saya sertakan siri-siri yang terdahulu….

Maka untuk siri pengenalan ini saya akan senaraikan dahulu sebahagian daripada iqtiqad kaum Mu’tazilah yang bersalahan dengan pegangan jumhur ulama’ ahlisunnah waljamaah sehingga membawa kepada sepakatnya ijma’ mengisytiharkan kesesatan kaum mu’tazilah ini. Dan untuk post yang mendatang insyaAllah, kita akan membincangkan satu-persatu secara mendalam…

Sebahagian daripada iqtiqad-iqtiqad kaum Mu’tazilah yang bertentangan dengan kaum Ahlisunnah walJamaah adalah….

Iqtiqad Ahli Sunnah wal jamaah Iqtiqad Mu’tazilah
1. Buruk dan baik ditentukan oleh Allah dalam al-Quran dan sunnah rasul 1. buruk dan baik ditentukan oleh aqal manusia
2. Quran dan hadith terutama berbanding aqal 2. Aqal lebih terutama berbanding Quran dan hadith
3. Quran Kalam Allah yang Qadim 3. Quran adalah makhluq sama dengan makhluq yang banyak
4. Tuhan boleh dilihat apalagi di dalam Syurga 4. Tuhan Tidak boleh dilihat walaupun di dalam syurga
5. Mi’raj nabi dengan roh dan jasad 5. Mi’raj nabi dengan tubuh dan roh tidak masuk aqal
6. Pekerjaan mnausia dijadikan tuhan 6. Pekerjaan manusia di jadikan manusia
7.Arasy dan kursi ada 7. Arasy dan kursi tidak ada
8.Ada Malaikat Kiraman Katibin 8. Tiada malaikat kiraman Katibin
9.Syurga dan neraka kekal selamanya 9. Syurga dan neraka tidak kekal
10. Timbangan di akhirat ada 10. Timbangan di akhirat tidak ada
11. Hisab di akhirat ada 11. Hisab di akhirat tidak ada
12. Titian Sirat alMustaqim ada 13. Titian Sirat alMustaqim tidak ada
13.Telaga kauthar ada 13. Telaga kauthar tidak ada
14. Syafaat di akhirat ada 14. Syafaat di akhirat tidak ada
15. Siksa kubur ada 15. Siksa di kubur tidak ada
16. Tuhan tidak diwajibkan membuat yang baik atau yang lebih baik 16. Tuhan wajib (mesti) membuat yang baik atau yang lebih baik
17. Tuhan mempunyai sifat 17.Tuhan tidak mempunyai sifat, ia mendengar dengan zatnnya, ia melihat dengan zatnya
18. Ada mu’jizat nabi selain al-quran seperti keluar air daripda anak jari baginda dan lain-lain 18. Tidak ada mu’jizat nabi selain al-quran
19. Karamah-karamah wali dan orang-orang soleh ada 19. Karamah tidak ada
20. Menjauhkan diri daripada mencaci maki sahabat 20. Lancang mulut mencaci maki sahabat-sahabat nabi yang dianggap membuat salah
21. Orang mu’min yang wafat dalam keadaan halnya sebagai pembuat dosa besar tidak kafir dan tidak kekal didalam neraka (kerana imannya yang walaupun hanya sebesar zarah, ia akan dimasukkan kedalam syurga) 21. Orang mu’min yang wafat dalam keadaan halnya sebagai pembuat dosa besar adalah kafir kekal di dalam neraka
22. Tidak ada temapt yang lain di alhirat selain syurga dan neraka 22. Ada temapt yang lain di akhirat selain syurga dan neraka yang dinamai “manzilatun baina manzilatain’ (tempat diantara dua tempat)
23. Syurga danneraka sudah tersedia daripada sekarang 23. Syurga dan neraka belum tersedia daripada sekarang
24. dain lain2 24. dan lain2

Wallahua’lam…

Sebarang kesilapan harap dapat ditegur dan diperbetulkan… ana cuma hambanya yang faqir lagi dhaif..

(bersambung)

Category: Life o life
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
One Response
  1. JHaZKiTaRo says:

    salam ziarah dari bumi Dublin.. blog hopping.. :)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>