Tujuh Keutamaan Bergaul Dengan Ulama’

Oleh : Syeikh Abul Laits


Barangsiapa duduk dalam majlis ilmu bersama seorang yang berilmu, tetapi tidak mampu menghafaz sedikitpun ilmu yang disampaikan di sana, maka dia telah mendapatkan tujuh kemuliaan :

Pertama : Dia mendapatkan pahala yang disediakan bagi para penuntut ilmu.

Kedua : Selama duduk di dalam majlis itu, dia terhindar dari perbuatan dosa.

Ketiga : Rahmat ALlah menghampirinya ketika dia keluar dari rumah menuju majlis itu.

Keempat : Ketika orang-orang yang berada dalam majlis ilmu tersebut memperoleh rahmat, maka dia juga akan memperoleh bahagian darinya.

Kelima: Selama dia mendengarkan kajian di dalam majlis itu, dia tercatat sebagai seorang yang sedang beribadah kepada ALlah.

Keenam : Ketika dia sedih kerana kurang mampu memahami kajian yang disampaikan, maka kesedihannya itu menjadi sebuah penghubung untuk mendekatkan diri kepada ALlah.

Ketujuh : Di majlis itu, dia akan melihat kemuliaan seorang yang berilmu dan kehinaan seorang penderhaka. Akhirnya dia akan menyukai ilmu dan membenci perbuatan fasik.

—————————————-
Sumber : Muhammad Nawawi bin Umar al Jawi, Nasa’ihul ‘Ibad, Bungkul Indah, Surabaya – Indonesia, hal 46.

sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/tujuh-keutamaan-bergaul-dengan-ulama.html

Al-johory :-

hmmm… rindu taman ilmu.. tak sabar nak balik..  :prud:

Category: Life o life
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>