Angin perubahan….
kalimah yang berlegar-legar di ruang pemikiran al-johory sejak hari tersebut.. sehingga lah sekarang.
Ternyata jaulah aljohory ke Mesir tempoh hari memberi kesan yang mendalam terhadap diri. Siri pengajaran demi pengajaran yang al-johory tempuhi sepanjang di sana membuahkan momentum-momentum yang begitu besar seolah-olah menolak al-Johory sambil mendesak untuk melakukan satu perkara. perubahan..
Cantik sungguh aturan Ilahi….
Jika ada orang berkata jaulah al-johory ke Mesir mendatang keseronokan duniawi semata.. dengan tegar al-johory berkata TIDAK sama sekali..
Jaulah Mesir was my spirit walk.. satu jaulah yang menyegar dan menyuburkan kembali santapan rohani diri ini.
—–
Masih jelas lagi tanggal 12 rabiulawal, kaherah. langit begitu cerah, matahari memancar indah, awan memayungi wajah… seolah-olah mengerti lawatan kami pada hari itu satu lawatan yang akan menyingkap kembali sejarah perjuangan Islam, lalu membuka ruang memberi jalan untuk kami benar-benar menghayati hari tersebut…kami dibawa melawat maqam-maqam Auliya’, banyak sungguh yang aljohory dapat pada hari tersebut…
Akhirnya aljohory dapat melawat imam Syafiee, ulama’ besar mazhab feqah kita… al-johory tak sangka dapat melawat maqam Sheikh Ramli, nama yang seringkali disebut-sebut di dalam kitab turath,…. al-johory dapat menyaksikan kayu yang dikatakan terdapat kesan tapak kaki Rasulullah, batu hajarul aswad yang dikatakan dihadiahkan kepada seorang sahabat dan di letakkan di dinding masjid sahabat tersebut.., aljohory dapat merasa untuk berjemaah di masjid al-azhar, tempat di mana pelbagai jenis halaqah ilmu telah terwujudkan dan terlahirkan kebanyakan daripada ulama’-ulama’ yang besar… serta apa yang al-johory terharu adalah apabila dapat menyaksikan sambutan mauldiurasul dan perarakan di kota Kaherah.. ternyata kehangatan cinta kepada Rasulullah oleh masyarakat Islam di sana dapat dirasa…
Cantik aturan takdir yang Maha Esa…. sungguh
Kami disajikan dengan ribut pasir yang boleh dikatakan dahsyat ketika hari pertama lawatan kami di Kaherah. Hari tersebut kami melawat Ahramat… lalu bersungguh lah kami mengharungi cuaca tersebut ketika mana melawat bangunan-bangunan pyramnid dan sphinx yang dikagumi segenap pelusuk masyarakat dunia.. seraya hati al-johory terdetik…
“mungkin Allah Ta’ala tidak mahu kami begitu mengagumi dan membesarkan di dalam hati bangunan binaan umat yang telah tercatit di dalam al-quran kisah kebongkakan mereka”…
“sebaliknya, lihatlah.. dan ambil i’tibar daripada kisah pendustaan orang-orang terdahulu”..
“itu baru sahaja ribut pasir yang ditimpakan ke atas kami, bagaimana pula dengan azab dan BAla yang Allah ta’ala turunkan kepada orang-orang terdahulu? tidakpun kepada Firaun?”…
Subhanallah…. Cantik aturan takdir yang Maha Esa.
Rupanya, Allah Taala memberikan kami pengajaran secara tak langsung dan digesa untuk kami memikirkan setiap kejadian yang berlaku..
—–
itu baru sahaja di kaherah… belum lagi al-johory ceritakan tentang tempat lain.. sungguh, siri pengajaran demi pengajaran ini lah yang membuahkan momentum yang mendesak al-Johory untuk melakukan perubahan…
perubahan untuk memperbaiki diri, berusaha untuk menjadi yang lebih baik, berusaha untuk memperbaiki hari semalam agar memperoleh hari esok yang lebih sempurna.. perubahan mengikis tabiat lama yang buruk serta memperhalusi tabiat2 yang elok..
Namun, ternyata tidak terasa kemanisan iman tanpa di uji…. momentum perubahan yang al-johory cuba bawa daripada Mesir teruji dek cabaran-cabaran dan ujian daripada persekitaran di manipal ….
teruji dengan ke’adaman suasana taman ilmu sepertimana yang al-johory idamkan..
teruji dengan gejala-gejala tidak senonoh yang berleluasa..
teruji dengan sikap-sikap yang kurang enak..
teruji dengan budaya hedonisme..
teruji dengan budaya tidak beragama…
teruji dengan tabiat buruk diri yang seringkali cuba menguasai…
teruji dengan gaya hidup masyarakat remaja yang terlalu dipengaruhi agenda barat…
Tapi al-johory faham.. tiada perjuangan tanpa cabaran.
Ya Allah,
jika ujian Engkau ini adalah kifarah terhadap dosa-dosa ku yang lalu mahupun sedang terlakukan… maka ampunilah daku..
jika Engkau menyempitkan masa lapangku, maka sempitkanlah masaku yang digunakan untuk berhibur dan luaskanlah masaku yang digunakan untuk menuju keredhaanMu..
Jika Engkau membebankan aku dengan tugasan dan kerja, maka bebankanlah aku dengan kerja dakwah dan sibukkanlah aku dengan urusanMU..
jika Engkau melekakan aku dengan nikmat kurniaanMu, maka sedarkanlah daku dan pimpinlah aku kejalan yang lurus..
Sessungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong…
Wallahualam…











sheikh,ana sgt stuju nga post sheikh ni..
jaulah yg sgt bmakne,yg byk mberi pengajaran,n jaulah yg byk menginsafkn ana gak…doala same2 ye moga kite trus diberi kekuatn iman dlm mncari keredhaan Allah,InsyaAllah.. doakn org gak ye..
syukran cik mimo :)
insyaAllah.. sama-sama lah kita..
I am proud of your complete intuitive observation and analysis. When mind could not respond use your heart to path a way. Life will never be perfect unless we learn from history to built up a strong foundation in future. Leap further when we fall. Never let your brain rest. Allah made our brain to work. It is an exercise. Appreciate what Allah shows in front of us. Allah give us clue for us to think. You will be a better person each day when we wake up. Cheerio son. I am all behind you.