Bumi anbia’ itu….

“enta tatakallamu arabi?” -  you speak arabic?

aljohory tercengang, tak tahu nak jawab apa sebab loghatnya begitu pekat..(teruk sungguh bahasa arab aku nih, aljohory terdetik) mungkin kerana saya buat muka pelik, lalu pegawai tuh mengulang soalan (dengan phrase yg berbeza)…

do you speak English?”

Sekali lagi loghatnya menguasai bahasa tapi yg nih aljohory faham… pegawai kastam bertanya pasal beg baju… aljohory kata takder barang cukai..

“WELCOME TO EGYPT..”

pegawai tuh menyahut..

————————————————————————————-

Cuti semester kali ini membawa aljohory ke negeri anbia’. Tanah di mana tercatat pelbagai sejarah perjuangan Islam mahupun kisah silam tauladan kebongkakan firaun dan kehebatan tamadun purba mesir.

Untuk post kali ini aljohory tidak akan menceritakan detail perjalanan kami di mesir (kalau yg detail  ini sudah tentu sahabat2 yang lain sibuk mengarang post, yer dak?), sebaliknya aljohory cuba nak ungkapkan siri pengajaran dan peringatan yang aljohory banyak pelajari dan experience di bumi mesir tersebut.

Kumpulan… DISPERSE!!!

Seperti mana kebiasaan jaulah aljohory yang terdahulu, kesempatan berjaulah aljohory gunakan untuk megenali dengan lebih mendalam lagi akan sahabat-sahabat yang aljohory tak berkesempatan untuk bersama. ( maaf lah eh, sememangnya sifat aljohory seorang yang suka observe.. ). :rose:

Jikalau faleh dan syazrin, rasanya dah cukup lama kami tinggal bersama untuk al-johory mengenali banyak tabiat dan perangai masing2.. maka jadilah anis, shida, sarah, maisarah dan nurani sebagai mangsa pengamatan aljohory yang seterusnya… ;)

falih, shida, nurani, anis, maisarah, sarah, al-johory, syazrin

Jadi apa yang al-johory dapat observe daripada keperibadian rakan2 sekelian? …biarlah rahsia.. ;)

“kalau sahabat-sahabat disperse sekelian nak berkongsi dengan ana, kita ym one on one yer… ~sheikh~ :-)

Ala kulli hal, seronok berjaulah dengan antum semua… bahkan ammu-ammu driver pun suka dgn antum (menurut kata ustaz hafizul lah).. katanya kamu semua nih macam pelajar al-azhar… hehe ada petanda baik  disitu..

Kehidupan di mesir

Mesir darurat. yah, begitulah seperti mana yang aljohory diberitahu. Sejak peperangan mesir israel tamat suatu ketika dahulu, mesir mengisytiharkan undang-undang darurat dan masih begitu sehingga sekarang. Jika dilihat, operasi ketenteraan mesir memang dititik beratkan malah banyak road block dapat di perhatikan dan setiap orang akan di periksa. menurut kata seorang sahabat, dalam perjalanan ke mansurah daripada cairo, terdapat lebih daripada lima check point shurtah. sungguh keselamatan diawasi.

Rakyat mesir. al-johory kagum dengan pengamalan agama yang dapat dilihat pada kebanyakan rakyat mesir. Al-quran amat dekat dihati. dalam kenderaan, kedai, dan kebanyakan tempat dilaungkan bacaan al-quran. Orang-orang mesir rata-ratanya peramah. namun begitu, masih juga ramai daripada mereka yang kasar dan keburukan-keburukan yang bagi aljohory tidak enak jika hendak diceritakan.. biasalah, lumrah sifat manusia ada yang baik dan ada yang buruk…. memperlihatkan keadilan Allah Ta’ala.

Pelajar al-Azhar. Jika disebut sahaja pelajar al-azhar, maka orang-orang dah cop.. haa nih budak baik nih.. pelajar azhar amat dihormati dan disegani, mungkin kerana status institusi tersebut yang melahirkan ramai ulama’-ulama’ terkemuka. sememangnya status sebagai seorang pelajar azhar bagi aljohory satu yang membanggakan diri. bukannya apa, kerana bersyukur dengan nikmat hidayah dan ilmu yang allah ta’ala berikan kepada mereka… benar Firman allah ta’ala…

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mujadalah : 11)

Sungguh Allah ta’ala memuliakan orang yang berilmu.

Kagum dengan pelajar medic al-Azhar yang mengaji ilmu duniawi pada belah siang dan mengaji ilmu ukhrawi di luar waktu kuliah. kewajipan menghafaz al-quran juga membuat al-johory tabik spring pada mereka…..

Pelajar medic. Kehidupan mereka sama seperti kami, sibuk. Namun apa yang amat al-Johory kagumi adalah dengan cara mereka menyusun atur kehidupan mereka. Mereka ada masa untuk belajar, memasak, beraktiviti, melayan tetamu daripada oversea, solat berjemaah, dan pelbagai lagi aktiviti2 lain yang dahulunya aljohory rasa seolah akan menyingkatkan waktu menelaah subjek medic. Malah al-johory melihat seolah kegiatan duniawi dan ukhrawi pada mereka berjalan seiringan dan seimbang.. kagum sungguh kagum… ‘itu yang kita mahukan daripada seorang pemuda sebenarnya’, bisik aljohory sendirian… satu perkara yang al-johory amat terkesan..

malah terdapat kata-kata daripada seorang sahabat mansurah yang juga membuat al-johory terkesan, namun persoalan berkisar kepada subjek perkahwinan semasa belajar..

al-johory bertanya -

ada masa ker mereka yang berkahwin masa belajar nih? tak sibuk ker?

lalu sahabat tersebut menjawab  -

manusia semua sama jer. mereka ada 24 jam, kita ada 24 jam. takder seorang pun yang lebih mahupun kurang.. kalau nak kata sibuk sekarang, nanti bila dah kerja lagi sibuk… tapi kenapa ada orang boleh dan ada orang kata tak boleh..

Al-johory terfikir kembali, terdiam.. malu pun ada.. betul juga katanya. kalau ada orang boleh, kenapa tidak kita? persoalannya terpulang kepada tuan punya badan kembali.. tepuk dada tanya selera.. (skop nih al-johory telah luaskan yer… bukan terhad kepada perkahwinan semasa belajar…)   :nose:   All you need is the passion and desire to do something, and do not let the flame fade away..

teringat akan kata2 daripada sebuah buku kecil namun padat isinya..

Kita inginkan daripada remaja muslim yang bekerja untuk islam cemerlang di dalam pelajarannya. Hendaklah dia menjadi contoh yang berbeza daripada pelajar-pelajar cemerlang yang lain sehingga manusia mengenal bahwa beragama bukanlah menjadi penghalang kepada pengajian. perkara ini amatlah perlu dilaksanakan dengan seimbang di antara kewajipan-kewajipan ini sehingga satu kewajipan tidak menzalimi kewajipan yang lain.

Pengajian adalah wajib, dan kecemerlangan adalah suatu perkara yang perlu bagi pendakwah…

Jaulah Mesir..

Pepatah melayu berbunyi, jauh perjalanan luas pemandangan. Berjaulahlah, supaya kita tidak hanya menjadi katak di bawah tempurung.. (kalau nak jadik katak pun, pastikan ada internet untuk tgk dunia luar..  :-)     ). jaulah sekitar mesir banyak memberi pengajaran dan penghayatan baik dari segi jasmani mahupun rohani

Sinai. kawsaan yang mesti lawat jika ke mesir kerana terdapat banyak sejarah-sejarah peninggalan kisah-kisah terdahulu dan nabi-nabi.. di bumi sinai kami menyusuri sejarah nabi yusuf, nabi harun, nabi saleh, nabi musa, dan nabi illyas. banyak tempat-tempat sejarah (bahkan yang ada dinyatakan di dalam al-quran) yang kami lawati. Kemuncaknya adalah puncak bukit sinai, tempat di mana Nabi Musa bermunajat dan terima wahyu (kalau tak silap). Dikhabarkan bahawa ketika mana nabi Muhammad di isra’kan, baginda singgah di bukit sinai di kawasan nabi musa bermunajat dan baginda melakukan solat sunat di situ serta dikatakan terdapat bekas tapak kaki baginda..

Cairo. Jika melawat bumi mesir, pyramid mesti pergi. dan kebetulan pada hari kami melawat pyramid, kami disajikan dengan ribut pasir. (cabaran sungguh). Lawatan ke maqam-maqam awliya’, masjid ajhar dan universiti al-azhar merupakan aktiviti yang paling al-johory suka… walaupun tidak kesemuanya kami pergi, namun cukup untuk membuatkan diri ini bersyukur kerana dapat melawat orang-orang yang banyak berjasa di dalam agama.. (cukup untuk membuat aljohory berfikir dan menghisab diri kembali).. Dan kebetulan pada hari yang sama, al-johory berpeluang untuk melihat sambutan maulidurrasul di cairo, dan menyaksikan perarakan di sana… (terasa kehangatan cinta terhadap Rasulullah dan ahlulbait ketika itu)..

Alex. :love: al-johory jatuh cinta dengan persekitaran alex… mungkin kerana kedudukan di sepanjang pantai menghadap laut mediteranean serta bandar nya yang cantik (bolehlah) membuatkan al-johory terpana.. (ala-ala romantik lah nih)  :-)    seronok di alex.. agaknya bila aljohory kahwin nanti, dtg ke sini honeymoon dgn zaujah boleh dak? :beurk: ….. tutup cerita

Fayoum. Luxor. Aswan. Banyak tempat2 sejarah di sini. kalau nak maklumat lanjut boleh lah tanyakan sahabat-sahabt disperse yang lain… :aie2:   :-D

Mansourah. Melawat rakan-rakan lama faleh di mansourah… seronok betul faleh…

In a Nutshell

Sememangnya  jaulah aljohory ke mesir satu keputusan yang tepat. al-johory jumpa dengan apa yang dicari selama ini. sekali lagi, jasmani mahupun rohani. terlalu banyak signifikannya. Mungkin kerana itu al-johory merindui bumi mesir itu.. amat.

kepada ustaz wan nordin, ustaz hafizul, ustaz syukri, ustaz khalil, ustaz kamal, ustaz hafizi, ustaz zulhilmi, ustaz jamal, ammu-ammu driver, fitri (dan ahli rumah), pai, zaid, taqi, apispojie, mawi, amin… (serta mereka yang tak tersebutkan di dalam tulisan nih )

Kehadiran anda menambahkan lagi kemanisan pengalaman sepanjang kami di mesir… syukran jazilan kathira..

Nah aljohory sajikan dengan sebahagian daripada gambar kami di mesir

(click untuk gambar yang lebih besar yer… light box tak berfungsi untuk gallery bwh nih so bersabar je lah)

Jom bacakan pengalaman sahabat2 dsiperse yang lain..

  • Faleh
  • Syazrin (series of pictures)
  • Shida (sincere experience daripada cik minnie mouse (mimo) kita)
  • Nurani (post yang banyak daripada ya syabab!!)
  • Maisarah (bersiri.. habis sudeyh, ada 5 bahagian….ana syorkan baca…)
  • Anis (kanak kanak bermasalah)
  • Sarah (mu nih sarah.. :gene:    )

yang ada link jer yang dah siap.. yg lain belum… :-)

Category: Life o life
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
29 Responses
  1. sahabat disperse 1 says:

    very good post sheikh!..
    mcm ni senanglah ana letak link sheikh shj, (kes malas nk mengupdate :-) )

    rindu mesir jugaa =(

    insyaAllah satu hari nnti sheikh leh bawak bakal zaujah honeymoon kat alex ;) k, tutup cerita

  2. kerel says:

    :[ haha.. isy jangan malas2x .. allahumma inna nauzubika minal ajzi wal kasal…

    cerita lah sikit apa yang antum somer experience di mesir.. then boleh kita sama2 kongsi… yer dak?…

    setakat nih baru baca experience shida…

    yang lain sheikh tgh menanti….. :-D

  3. sahabat disperse 2 says:

    InsyaAllah, cuming~..masih on the way :pff:

  4. sahabat disperse3 says:

    waa..bes2 post sheikh..ana pon nk ltk la link sheikh kt post ana..bleh ye..hehe

  5. kerel says:

    haha.. sila2 ;)

  6. cyrah says:

    cheh,sahabat disperse??seronok ya enta syeikh!ooowwwh,,now i noe,enta seorg pemerhati pbb!!!bnyak sungguh perkerjaaan enta!hehe!
    eniway,keep on blogging(letak bnyak2 lg le gmbar disperse2 tuh!)heheheeh:P

  7. sahabat disperse 2 says:

    facebook? aiyooo..sy takde facebook la ‘adik’ shazzy ;)

  8. kerel says:

    … adik? .. bukan ‘adeq’ ke? :-) stylo sikit :-D

  9. sahabatdisperse4 says:

    asal kene ‘adeq’ baru stylo???xpham…

  10. kerel says:

    :bobo: takper.. tak perlu fahamkan…. mu ni bimbo ker sarah?

  11. sahabat disperse 1 says:

    ana masih lagi dlm pembikinan menulis ni sheikh..
    tpi x sehebat post sheikh la..ana budak baru belajar.. :ciao:
    ops..”adeq?” sarah, sejak bila jadi bimbo nih..

  12. kerel says:

    kepada cik nurani.. takper2 take ur time.. ;)

    sarah : lupa pulak… patutlah bimbo sikit,,, tak mau panggil adeq yer? ;) mau pggl ‘abang’ shazzy ker? :rose:

  13. sahabat disperse 2 says:

    oh, adeq tu khas untuk qamarus..so kena adik lah..hoho..tah paper

  14. Al-Amin Daud says:

    Assalamualaikum syeikh,,

    Menarik artikelnya..mohon maaf kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan enta..kebetulan sahabat ana pulang ke malaysia pada malam tu..ana nak cuba balik pada malam tuh sbb ingat sempat jumpa pagi..flight pkl 3 pg so ana bermalam di sana..

    InsyAllah jika diizinkan kita akan berjumpa..tidak di sini, di Malaysia..

  15. kerel says:

    wsalam, akhi amin…

    takper2.. takder rezeki nak jumpa enta di mesir… ingatkan nak ajak enta dinner mlm tuh sekali dgn rakan2 lama roomate ana..

    InsyaAllah aad rezeki kita jumpa lain kali, mungkin di Malaysia :rose:

    jazakallah

  16. sheikh, ana dah update half..leh layari laman ni.. :pff:

  17. kerel says:

    insyaAllah.. syukran :-D

  18. boszegypt says:

    assalamualaikum… seronok bawa sheikh al johory dan kawan kawan disperse yang lain ziarah sekitar sinai ,aswan dan luxor.. banyak benda boleh belajar dan kenal… semoga berjumpa lagi.. doakan ana sampai ke bumi India jugak.. insyaAllah

  19. kerel says:

    :8 nampaknya us hafizul dah sampai ke blog ana.. ahlan2x …

    insyaAllah ada rezeki us boleh sampai ke bumi india..

    terima kasih us hafizul sebab bawak kami jalan2… u made our visit a memorable one.. :-)

    saya yakin sahabat2 yang lain pun tentu rindu kan us hafizul.. ;)

  20. sahabatdisperse4 says:

    sheikh!ana x pahm kenapa ana kene bimbo???grrrr…. :hm:

  21. sahabat disperse 5 says:

    waahhh…utz hafizul pon dh smpai sni…ketinggalan sgh ana ni..huhu…salam syeikh!!lama xjmpe!!heeee :-)

  22. sahabat disperse3 says:

    waa…ana nmpk name minnie mouse d cini..hehe

  23. alonqexe says:

    Wuih. Ana yang tak pegi sana pun keluar nama jugak ke.. hoho.

    apa ana kira, buah hati, eh buah tangan takde ke?

  24. kerel says:

    :[ apa yg enta bualkan ini akhi qamarus?

  25. sahabat disperse 1 says:

    buah hati?ops..x ckp awal2..kalau x, akak leh tlg carikan kat sana..hehehe

  26. kerel says:

    ada jer list nama tuh kat nura.. kasik sikit kat budak kecik nih nura.. ;)

  27. sahabat disperse 1 says:

    :-) hehehe..nak, contct akak dik.. :-)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>