Assalamualikum,
Alhamdulillah kita sudah masuk kepada siri yang ke-4 tentang pengenalan kepada satu mazhab yang pada suatu masa dahulu telah mendatangkan fitnah yang besar kepada umat Islam. Tujuan siri ini diterbitkan tidak lain dan tidak bukan supaya kita dapat mengenali iqtiqad atau pegangan kaum Mu’tazilah yang ternyata tergelincirnya dari jalan yang lurus agar kita sama sekali tidak terjerumus kepada fahaman ini kerana kejahilan kita.. semoga dengan perkongsian maklumat ini kita sama2 mendapat pencerahan..
Insya Allah post ini merupakan siri yang terakhir daripada ‘pengenalan ringkas terhadap kaum Mu’tazilah‘.. Untuk post yang seterusnya kita akan menghuraikan tentang iqtiqad-iqtiqad kaum Mu’tazilah yang bertentangan dengan kaum Ahlisunnah waljamaah..
Kepada yang baru sahaja mengikuti post ini, di bawah saya sertakan siri-siri yang terdahulu….
- Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 1)
- Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 2)
- Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 3)
——————————————————————————> article disambung…
Suka berdebat
Ciri-ciri daripada kaum Mu’tazilah ialah suka berdebat, terutama dihadapan umum. Sesiapa yang berlainan pendapatnya dengan mereka lantas diajaknya berdebat, diajaknya bertanding dihadapan umum, kerana mereka sangat yakin dengan kekuatan aqal mereka. Hampir 200 tahun dunia Islam digincangkan oleh perdebatan-perdebatan daripada kaum Mu’tazilah dengan bertujuan untuk mengalahkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Acara-acara perdebatan yang ditonjolkan mereka ialah:-
- Sifat Tuhan ada atau tidak
- Buruk dan baik siapa yang menetapkan, aqal atau syara’
- Pembuat dosa besar kekal dalam neraka atau tidak
- Quran itu makhluk atau tidak
- Perbuatan manusia dijadikan manusia atau dijadikan tuhan
- Allah dapat dilihat di akhirat ataupun tidak
- Quran dapat dibuat manusia atau tidak
- Alam itu qadim(sedia ada) atau hadith(baru)
- Syurga dan neraka kekal atau tidak
- Arwah itu pindah-pindah atau tidak
- Tuhan itu wajib menciptakan yang baik dan lebih baik
- Nabi Muhammad mi’raj dengan tubuh atau tidak
- dan lain-lain
Melihat keadaan kaum Mu’tazilah yang suka berdebat ini, maka Imam Abu Hassan Al-Ash’ari, Imam kaum ahlisunnah wal jamaah terpaksa meneladani kaum Mu’tazilah dengan lisan dan tulisan, dengan cara perdebatan pula.
Perbezaan dan perdebatan yang tajam akan dihuraikan dalam post-post yang bakal mendatang.
Dasar pokok pengajian Mu’tazilah.
Dasar-dasar pokok pengajian Mu’tazilah berkisar kepada 5 persoalan:
- Tauhid (keesaan tuhan)
- Al-adl (keadilan tuhan)
- Al-Wa’d wal-Wa’id (janji balasan baik dan janji balasan buruk)
- Manzilatu baina al-Manzilatain (tempat diantara dua tempat)
- Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar
Tauhid kaum Mu’tazilah ialah mereka tidak mengakui adanya sifat-sifat Tuhan, tetapi Tuhan ialah zat yang tunggal tanpa sifat.
Tuhan medengar, melihat dan berkata-kata dengan zat-Nya menurut dakwaan kaum Mu’tazilah.
Kerana itu, mereka memfatwakan dan bahkan pernah memaksa orang supaya meyakini bahawa Quran itu makhluq, bahawa quran itu hadith(baharu), dan bukannya kalam Allah yang Qadim sebagai i’qtiqadnya Ahli sunnah wal Jammah (yang mengatakan kalam Allah itu adalah Qadim)
Fatwa ini telah menghebohkan dunia Islam dan menyebabkan beribu-ribu ulama’ Islam terbunuh pada abad ke-2 Hijarah dalam peristiwa yang dinamai “peristiwa Quran Makhluq”
Pokok kedua daripada pengajian Mu’tazilah ialah tentang keadilan.
Tuhan itu Adil, kata mereka. manusia dihukum oleh Tuhan kerana ia mengerjakan dosa dan diberi pahala kalau ia melakukan amal ibadah yang baik. Oleh kerana itu, kata kaum Mu’tazilah, seluruh perbuatan manusia diatas dunia ini dilakukan dan diciptakan oleh manusia sendiri, sekalipun perbuatan baik atau perbuatan buruk. Segala pekerjaan manusia tidak ada sangkut paut dengan Tuhan dan bahkan Tuhan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh manusia.
Pokok ketiga tentang janji baik dan janji buruk.
Tuhan sudah berjanji, bak kata kaum Mu’tazilah, bahawa siapa yang derhaka akan dihukumnya dan siapa yang mengerjakan pekerjaan yang baik akan diberikan kepadanya ganjaran. Oleh itu, sekelian orang yang melakukan dosa tidak akan diampunkan lagi kalau ia mati sebelum bertaubat, dan akan terus masuk neraka tidak akan keluar lagi. Ini sesuai dengan janjinya.
Akan tetapi, kalau orang mu’min melakukan dosa maka ia akan dihukum neraka disuatu tempat, lain daripada tempat orang kafir. Nerakanya agak dingin, mereke tinggal diantara dua tempat, yakni antara dua neraka. Inilah pokok keempat daripada pengajian Mu’tazilah, iaitu ‘Manzilatu baina al-Manzilatain (tempat diantara dua tempat)’.
Adapun amar ma’ruf dan nahi munkar ialah wajib bagi setiap orang Islam, sama dengan kepercayaan kaum Ahli sunnah, akan tetapi yang ma’ruf bagi kaum Mu’tazilah ialah hanya pendapat mereka sahaja, dan bukan nya ma’ruf yang sesuai dengan al-quran dan hadith.
Maka berdasarkan pada lima pengajian pokok mu’tazilah ini, banyaklah terdapat fatwa-fatwa kaum Mu’tazilah yang bertentangan dengan dunia Islam. Di dalam kitab-kitab Usuluddin terdapat banyak sekaili perkataan ‘Khilaf lil mu’tazilah’ yang ertinya berbeza dengan fahaman Mu’tazilah.
Oleh kerana itu kemudian umat Islam Telah sepakat menetapkan bahawa fahaman dan iktiqad kaum Mu’tazilah adalah salah, tidak menepati i’tiqad nabi dan sahabat-sahabatnya, tidak sesuai dengan Quran dan hadith.
Wallahualam…….
Sumber : Iqtiqad Ahlisunnah wal jamaah – KH Sirajuddin Abbas






salam…input berguna buat saya pasal muktazilah ni..hm, mintak kebenaran nak copy ye..boleh buat rujukan study (^_^)