Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 3)

Kedudukan aqal bagi kaum Mu’tazilah

Sepanjang sejarah, tersebut bahawa salah satu karakter bagi kaum Mu’tazilah adalah cara mereka membentuk mazhabnya, banyak mempergunakan aqal dan lebih mengutamakan aqal, berbanding al-Quran dan hadith.

Kalau ditimbang aqal dengan hadith  nabi maka aqal lebih berat bagi mereka. Mereka lebih memuji aqal mereka dibanding dengan ayat-ayat al-quran dan hadith nabi

Setiap perkara ditimbang terlebih dahulu dengan aqalnya, maka yang tidak sesuai dengan aqalnya ditolak, walaupun ada dalil daripada hadith atau ayat al-quran yang bertalian dengan masalah itu tetapi berlawanan dengan aqalnya.

Bagi kaum Mu’tazilah aqal lebih tinggi dan terutama daripada al-quran dan hadith, sebaliknya bagi kaum ahli-sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa al-quran dan hadith lebih tinggi kedudukannya berbanding aqal.

Sebagai contoh, tentang Mi’raj nabi Muhammad SAW, kaum Mu’tazilah tidak menerima adanya Mi’raj walaupun ayat al-Quran atau hadith nabi yg sahih menyatakan hal itu – katanya bertentang dengan aqal.

Kaum Mu’tazilah menolak adanya kabangkitan qubur dan siksaan kubur. Hal itu katanya, bertentangan dengan aqal, kerana mustahil orang yang sudah mati dan terbaring di dalam tanah yang sempit itu dibangkitkan dan disuruh duduk, walaupun ada hadith yang sahih yang menyatakan hal ini.

Oleh kerana itu, kaum Mu’tazilah dalam kitab-kitab tafsirnya mencuba mentafsirkan al-Quran dengan aqal dan memutar belitkan ayat-ayat suci itu sesuai dengan aqalnya.

Hal ini banyak kelihatan dilakukan oleh Abu al-Qasim Mahmud ibn Umar al-Zamakhshari dalam tafisrnya Al-Kashshaaf dan Sharif murtadha dalam tafsirnya amal al-murtadha. Dalam hal ini pengarang Tafsir al-Qusaimi, Muhammad Jamaluddin al-Qusaimi (wafat 1283 hijrah) menyatakan di dalam tafsirnya, pada juzu’1, halaman 21 begini maksudnya:

“maka orang yang tersalah dalam keduanya (dalil dan madlul), seperti sekumpulan ahli bidaah yang mengiktikadkan mazhab yang batil dan yang menta’wilkan ikut kemahuan mereka sahaja, tidak menurut tafisr sahabat-sahabat dan Tabi’in yang terdahulu. Mereka mengarang tafsir-tafsir menurut kaedah-kaedah pokok mazhabnya, seumpama tafsir Abdurrahman bin Kaisan al-asam, al-jaba’i, Abd al-Jabar, romani, zamakhsari dan lain-lain”

Kaum Ahli sunnah wal jamaah menolak cara-cara tafsir yang dilakukan oleh Zamakhshari dan kawan-kawannya kerana bagi kita al-Quran itu tidak boleh ditafsirkan mengikut pendapat aqal sahaja, tetapi harus ditafsirkan dengan hadith-hadith nabi atau dengan sesama ayat al-quran juga.

Orang yang mentafsirkan ayat al-Quran mengikut pendapat mereka sahaja diancam akan dimasukkan ke dalam neraka, sebagai diterangkan dalam hadith begini,

“Sesiapa yang mentafsirkan Quran dengan pendapatnya sahaja maka tempatnya di dalam neraka”

( Riwayat Tarmizi dan an-Nasa’i – sahih tarmizi juzu’ 11 halaman 67)

Falsafah Yunani

Sepanjang sejarah juga telah dicatitkan bahawa pada masa pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah (40 hijrah – 232 Hijrah), Daerah-daerah Islam sudah berkembang luas, daripada Jazirah Arab sampai Parsi, India, Afgahnistan, Khurasan dan bahkan orang Islam sudah sampai ke kepulauan Indonesia. Disebelah barat pula, Islam berkembang keseluruh Afrika, kesekliling lautan tengah, Al-jazair, Morocco, dan Andalus.

Ketika itu, (120 hijrah sehingga 200 hijrah) negeri-negeri basrah dan kufah (Baghdad dan Marwain), iaitu kota-kota tempat Khalifah, sudah didiami oleh orang orang muslimin baru yang datang daripada seluruh pelusuk dunia.

Terdapat ramai orang yang memeluk Islam berasal daripada orang yang berugama Nasrani, Buddha, Majusi dan juga ahli-ahli falsafah daripada Yunani yang terdiri daripada penganut fahaman Aristotle dan Plato. Pendita-pendita, rahib-rahib, dan guru-guru Injil memeluk Islam dengan ramainya. Setelah mereka memeluk Islam, merek lantas ikut membicarakan soal-soal iqtiqad, ketuhanan dan soal-soal hukum, pada hal otak dan fikiran mereka masih dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan lama yang mereka anuti dahulu. Mereka belum banyak medalami tentang hadith-hadith dan al-Quran. Yang ada dalam kepala mereka hanya pengeahuan agama yang sudah lama atau kepintaran dan kebijaksanaan berdasarkan falsafah Yunani.

Setelah munculnya gerakan Mu’tazilah, ramai di antara mereka yang mengikutinya kerana dalam gerakan ini aqal dijadikan raja.

Maka ketika itu, Isalm mula dimasuki oleh pengaruh-pengaruh dan falsafah-falsafah Yunani, falsahfah-falsafah Aristotle dan Plato seprti ilmu mantiq, ilmu lojik yang mana semuanya melantik aqal sebagai raja. kahlifah al-ma’mun bin Harun ar-rasyid dengan niat yang baik demi ilmu pengetahuan menyuruh aorang-orang menterjemahkan kitab-kitab Yunani kedalam bahasa Arab. Akan tetapi, hal ini mengakibatkan lahir kecelakaan bagi agama Islam kerana falsafah-falsafah Yunani bercampur aduk kedalam ruang agama Islam yang suci.

Antara mereka yang memeluk Islam, ada pula yang berniat jahat terhadap Islam, yakni dengan berniat hendak menghancurkan Islam daripada dalam dengan jalan menerapkan pemahaman-pemahaman Yahudi, Buddha, Yunani dan pemikiran-pemikiran keliru yang bertentangan dengan sunnah nabi dan ayat-ayat suci al-Quran.

(bersambung)

Category: Ad-din, Articles
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
One Response
Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>