Archive for » October, 2009 «

peringatan buat diriku yang terleka

Bismillahirahmanirahim,

Hari ini, al-johory dibawa ke mangalore untuk ketemu dengan seorang sahabat. Alhamdulillah semua berjalan lancar. bila difikirkan, sungguh cantik aturan ilahi. Untuk proses pentarbiyahan, di bawakan aljohory bermusafir untuk mendidik diri. Allah, indah sungguh.

Perbincangan pendek kami membuat al-johory terfikir kembali tentang sikap manusia yang selalu lupa, alpa dan leka. Allah ta’ala menguji manusia dalam pelbagai cara. susah mahupun senang. Bagi al-johory, kesenangan itu lebih dirisaukan. Bukannya apa, cumanya manusia itu hanya ingat pencipta tatkala kesusahan. Bila senang? hilang sejadah, hilang pedoman. dan bila ditambah lagi kesenangan tersebut, bertambah-tambahlah kekufuran sang manusia.

Al-johory diingatkan dengan sesetengah sikap manusia yang terkadang itu manis pada tutur bicara dan penampilan luaran namun busuk pada dalaman. Sikap suka memburukkan sesama sendiri amat menyedihkan lagi menjengkelkan. sikap sebeginilah yang merosakkan perpaduan dan kestabilan ummah yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan kebinasaan. mengapa perlu prejudis dalam berdakwah? di mana nilai sesebuah dakwah tersebut?

Ujian Allah ta’ala terhadap aljohory sering datang dalam bentuk sebegini. kemungkinan ada baki pengajaran yang belum aljohory dapatkan. ataupun mungkin kerana tebusan dosa yang terlakukan? Dulu aljohory pernah terdetik untuk berehat sebentar, namun tersilap. Tiada istilah rehat dalam lapangan dakwah dan tarbiyah. meskipun dakwah umum tidak berjalan, dakwah diri hendaklah sentiasa di kemaskini saat demi saat, detik demi detik. kemungkinan aljohory terleka di situ.  [mode muhasabah dan kemaskini]

Barangsiapa yang Allah ta’ala hendak berikan hidayah, maka dia tidak akan disesatkan. Dan barang siapa yang Allah Ta’ala hendak sesatkan, maka  tiada hidayah baginya. dan ingat, barangsiapa yang Allah ta’ala ingin berikan kebaikan bagi seseorang, maka Allah ta’ala faqihkan ia dalam agama

Wallahualam dan sayonara….

Category: Life o life  2 Comments

ECG intepretation

For more widgets please visit www.yourminis.com

Hope this will help now or later.. insyaAllah..

~ya Allah permudahkan dan jangan engkau sukarkan urusanku~

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul… ya rasul! ku rindu padamu…. syafaatkan daku
Ya rasul… ya rasul! syafaat kan daku…. ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

(-_-)

~ feeling a bit lost right now…. (-_-) ~

ya Allah, kurniakan kekuatan untuk mentaatimu dan perlindungan daripada laranganmu….

Kerinduan

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum wa rahmatullah.

Semoga sahabat-sahabat sekalian sihat sejahtera hendaknya di bawah payungan rahmat dan kasih sayang Nya..

Sudah seminggu al-johory kembali berada di manipal , seminggu menyambung rutin harian kelas, dan seminggu kembali melihat muka-muka kebiasaan rakan-rakan seperjuangan di bumi manipal. Esok insyaAllah akan mula posting.. tak sabar rasanya untuk menempuh pengalaman baru..

baru seminggu naik kelas, kerja-kerja sampingan sudah tersedia menanti.. berduyun-duyun kerja mendatang.. harapnya al-johory dapat menguruskan masa dengan lebih baik lagi.. moga dijauhkan sifat malas dan segala jenis maksiat hati yang dapat merosakkan amal dan rutin seharian…

Malam ni al-johory tiba-tiba teringatkan dia. Rindu. Rindu amat.. entah kenapa, secara tiba-tiba rindu itu menebal.. mungkin semasa keramaian petang tadi namanya disebut-sebut berulang kali… menusuk ke hati.. lantas al-johory teringatkan lagu-lagu yang al-johory sering dendangkan untuknya suatu ketika dulu.. dah lama tak dengar, alhamdulillah jumpa juga.. sedikit sebanyak terubat juga rindu sedikit, walaupun terkadang sebak dan sayu bila mendengar.. more…

Category: Life o life  4 Comments