Archive for » March, 2009 «

wind of change… ~bila hati berbicara~

Angin perubahan…. :prud:

kalimah yang berlegar-legar di ruang pemikiran al-johory sejak hari tersebut.. sehingga lah sekarang.

Ternyata jaulah aljohory ke Mesir tempoh hari memberi kesan yang mendalam terhadap diri. Siri pengajaran demi pengajaran yang al-johory tempuhi sepanjang di sana membuahkan momentum-momentum yang begitu besar seolah-olah menolak al-Johory sambil mendesak untuk melakukan satu perkara. perubahan..

Cantik sungguh aturan Ilahi….

Jika ada orang berkata jaulah al-johory ke Mesir mendatang keseronokan duniawi semata.. dengan tegar al-johory berkata TIDAK sama sekali..

Jaulah Mesir was my spirit walk.. satu jaulah yang menyegar dan menyuburkan kembali santapan rohani diri ini.

—–

Masih jelas lagi tanggal 12 rabiulawal, kaherah. langit begitu cerah, matahari memancar indah, awan memayungi wajah… seolah-olah mengerti lawatan kami pada hari itu satu lawatan yang akan menyingkap kembali sejarah perjuangan Islam, lalu membuka ruang memberi jalan untuk kami benar-benar menghayati hari tersebut…kami dibawa melawat maqam-maqam Auliya’, banyak sungguh yang aljohory dapat pada hari tersebut…

jami' al-azhar

langit cerah tanggal 12 rabiul awal..

more…

Bumi anbia’ itu….

“enta tatakallamu arabi?” -  you speak arabic?

aljohory tercengang, tak tahu nak jawab apa sebab loghatnya begitu pekat..(teruk sungguh bahasa arab aku nih, aljohory terdetik) mungkin kerana saya buat muka pelik, lalu pegawai tuh mengulang soalan (dengan phrase yg berbeza)…

do you speak English?”

Sekali lagi loghatnya menguasai bahasa tapi yg nih aljohory faham… pegawai kastam bertanya pasal beg baju… aljohory kata takder barang cukai..

“WELCOME TO EGYPT..”

pegawai tuh menyahut..

————————————————————————————-

Cuti semester kali ini membawa aljohory ke negeri anbia’. Tanah di mana tercatat pelbagai sejarah perjuangan Islam mahupun kisah silam tauladan kebongkakan firaun dan kehebatan tamadun purba mesir.

Untuk post kali ini aljohory tidak akan menceritakan detail perjalanan kami di mesir (kalau yg detail  ini sudah tentu sahabat2 yang lain sibuk mengarang post, yer dak?), sebaliknya aljohory cuba nak ungkapkan siri pengajaran dan peringatan yang aljohory banyak pelajari dan experience di bumi mesir tersebut.

Kumpulan… DISPERSE!!!

Seperti mana kebiasaan jaulah aljohory yang terdahulu, kesempatan berjaulah aljohory gunakan untuk megenali dengan lebih mendalam lagi akan sahabat-sahabat yang aljohory tak berkesempatan untuk bersama. ( maaf lah eh, sememangnya sifat aljohory seorang yang suka observe.. ). :rose:

Jikalau faleh dan syazrin, rasanya dah cukup lama kami tinggal bersama untuk al-johory mengenali banyak tabiat dan perangai masing2.. maka jadilah anis, shida, sarah, maisarah dan nurani sebagai mangsa pengamatan aljohory yang seterusnya… ;)

falih, shida, nurani, anis, maisarah, sarah, al-johory, syazrin

Jadi apa yang al-johory dapat observe daripada keperibadian rakan2 sekelian? …biarlah rahsia.. ;)

“kalau sahabat-sahabat disperse sekelian nak berkongsi dengan ana, kita ym one on one yer… ~sheikh~ :-)

Ala kulli hal, seronok berjaulah dengan antum semua… bahkan ammu-ammu driver pun suka dgn antum (menurut kata ustaz hafizul lah).. katanya kamu semua nih macam pelajar al-azhar… hehe ada petanda baik  disitu.. more…

Category: Life o life  29 Comments