Archive for » February, 2009 «

Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 3)

Kedudukan aqal bagi kaum Mu’tazilah

Sepanjang sejarah, tersebut bahawa salah satu karakter bagi kaum Mu’tazilah adalah cara mereka membentuk mazhabnya, banyak mempergunakan aqal dan lebih mengutamakan aqal, berbanding al-Quran dan hadith.

Kalau ditimbang aqal dengan hadith  nabi maka aqal lebih berat bagi mereka. Mereka lebih memuji aqal mereka dibanding dengan ayat-ayat al-quran dan hadith nabi

Setiap perkara ditimbang terlebih dahulu dengan aqalnya, maka yang tidak sesuai dengan aqalnya ditolak, walaupun ada dalil daripada hadith atau ayat al-quran yang bertalian dengan masalah itu tetapi berlawanan dengan aqalnya.

Bagi kaum Mu’tazilah aqal lebih tinggi dan terutama daripada al-quran dan hadith, sebaliknya bagi kaum ahli-sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa al-quran dan hadith lebih tinggi kedudukannya berbanding aqal.

Sebagai contoh, tentang Mi’raj nabi Muhammad SAW, kaum Mu’tazilah tidak menerima adanya Mi’raj walaupun ayat al-Quran atau hadith nabi yg sahih menyatakan hal itu – katanya bertentang dengan aqal.

Kaum Mu’tazilah menolak adanya kabangkitan qubur dan siksaan kubur. Hal itu katanya, bertentangan dengan aqal, kerana mustahil orang yang sudah mati dan terbaring di dalam tanah yang sempit itu dibangkitkan dan disuruh duduk, walaupun ada hadith yang sahih yang menyatakan hal ini.

Oleh kerana itu, kaum Mu’tazilah dalam kitab-kitab tafsirnya mencuba mentafsirkan al-Quran dengan aqal dan memutar belitkan ayat-ayat suci itu sesuai dengan aqalnya. more…

Category: Ad-din, Articles  One Comment

Would you be my valentine..?

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam oleh Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Oleh :  Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 ) more…

should i consider……

comic-pc-vs-mac-vs-linux

(^_^)  ~geli hati  al-johory melihat telatah mac dan pc~

this goes out to all u computer freaks out there ….. :-)