Just a Piece of my mind

Ilmu dan fitnah
Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum,

An-Nahl, 125 :

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ  وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن  سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini (dalam sekitar setahun dua yang lepas) al-johory suka mendiamkan diri dan lebih suka memerhati terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling aljohory… terutamanya dalam dunia tarbiah dan dakwah.

Bukannya bermaksud redha dengan segala isu negatif mahupun kesalahan2 yang menggugat aqidah yang berlaku,  bahkan di kalangan mereka2 yang bergelar da’ie mahupun pejuang agama sekalipun, tetapi hati tetap mengingkari serta membenci setiap maksiat yang terlakukan sama ada terhadap Zat Allah Ta’ala yang suci mahupun terhadap sesama manusia..

Kaedah di dalam agama,

Barangsiapa yang redha terhadap kekufuran, maka kufurlah ia…..

Itu halnya dengan kekufuran, maka sebesar-besar kerugian adalah kufur terhadap nikmat Islam yang Allah kurniakan. Apatah lagi di dalam perkara-perkara maksiat… Kaedah juga menyebutkan,

Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu…

Kaedah yang simple tanpa complexity yang nyata.

Allah Ta’ala juga berfirman dalam surah al-Ma’idah, 2 :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ  وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan  tolong-menolong dalam berbuat dosa(maksiat) dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada  Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”

Kita diseru untuk menolong ke arah kebajikan dan taqwa dan DILARANG untuk membantu terhadap perkara perkara MAKSIAT dan PERMUSUHAN. dan Allah Ta’ala mengakhiri dengan gesaan bertaqwa kepada Allah dan ancaman terhadap beratnya siksa Allah andai Dia murka.

Maka atas dasar itu jugak, al-johory sentiasa mengingatkan diri untuk membenci dan mengingkari setiap jenis maksiat dan kekufuran, lebih2 lagi kesalahan maksiat terhadap Zat Allah Ta’ala yang suci, walaupun hanya mendiamkan diri terhadap isu-isu yang berlegar. Cumanya ada sekali dua juga mengeluarkan status2 yang berunsur provokasi..

Barangkali kita sudah biasa dengan hadith riwayat Muslim ini,

سمعت رسولالله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فايغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :”Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman.”

Menurut apa yang al-johory belajar daripada guru kami, yang dimaksudkan dengan ‘selemah-lemah iman’ itu adalah, yang paling minima kesannya dan bukannya yang dimaksudkan dengan ‘selemah-lemah iman’ itu adalah apabila kita hanya membenci dengan hati, maka itu menandakan iman seseorang itu amat lemah, seperti mana kalau diterjemahkan hadith ini secara harfiah… walahualam.

Menukilkan kalam ulama’ tentang kaedah membenci dengan hati itu, berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fath al-Mubin li Syarh al-Arba’in dalam mensyarah kalimat  فبقلبه  di dalam hadis yang tersebut di atas bahawa mengingkari dengan hati itu ialah :

“Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika dia berkuasa (mengingkarinya) dengan kata-kata atau perbuatan,(nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya.

Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu.

Jika redhanya itu kerana menghalalkannya (beri’tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram) sedangkan hukum kemaksiatan itu haram dengan ijma’ dan telah diketahui umum iaitu ma’lum min ad-din bi adh-dharurah, maka dia dihukumkan kufur.

Manakala jika redhanya itu kerana menurutkan hawa nafsu ( tidak beri’tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram), maka dia dihukumkan fasiq, tidak kufur dengannya.

Perkara ini ( membenci kemungkaran) adalah wajib ‘ain ke atas setiap orang kerana semua orang berkuasa pada melakukannya”

Ilmu dan fitnah

Aljohory memulai post ini dengan petikan daripada surah an-nahl, ayat 125 yang bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang  baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah  yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang  lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Seorang da’i dituntut dalam menyampaikan yang haq dengan jalan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil), dengan bahasa yang baik dan tidak melakukan debat kecuali dengan cara yang baik andai kiranya perlu berdebat, kerana cara ini pada fitrahnya lebih mendekati mad’u berbanding kekerasan.. hanyasanya apabila diseru dan disampaikan dengan cara yang kasar dan keras akan menyebabkan mad’u menjauhkan diri kerana sudah fitrahnya tabiat dan naluri manusia tak suka dikasari..

Ya

Inilah teori yang al-johory rasa tersemat dalam diri setiap da’i cumanya tak ramai yang mempraktikkan. Sedih bila melihat kalangan orang yang menggelarkan diri mereka da’i, menukilkan kata-kata ulama’ dan menghamparkan hukum2 yang benar tetapi dengan cara yang amat kasar, pengamalan yang tidak berhikmah dan kata-kata nista dan kejian yang menyakitkan telinga. mereka gemar berdebat tanpa diajak, mengeji dan menghina sesama sendiri, mulut berkata lain dan perbuatan meunjukkan yang lain. seringkali al-johory bertanyakan diri sendiri. inikah yang dinamakan DA’I?

mereka mempunyai ilmu, mereka ingin menyampaian kebenaran, mereka ingin menyeru manusia ke jalan Allah, mereka ingin menegakkan yang haq dan menghapuskan yang bathil, namun kerana ilmu yang ada tanpa pengamalan yang baik, mereka menjadi fitnah kepada agama. apa yang al-johory lihat hanya riya’,  takabbur, dan hasad.. nau’zubillahiminzalik. ilmu itu hakikatnya menjadi fitnah kepada diri sendiri dan sedikit demi sendikit memusnahkan diri dan merosakkan hati..

apa yang menyedihkan mereka itu menjadi fitnah kepada agama dan menjadi fitnah kepada kebenaran. akhirnya, mad’u memalingkan diri dan menjauhi kebenaran serta mengaggungkan kebathilan.

Hakikatnya itulah ilmu, ia memberi manfaat dan ia juga boleh membawa mudharat. Allah Ta’ala akan menguji sang penuntut ilmu itu dengan penyakit-penyakit hati yang ditimbulkan dan sekiranya sang penuntut itu tidak mengenali dan berusaha untuk mengawal dan menghindari penyakit-penyakit itu, maka tergelincir lah mereka dalam kemurkaan Allah.

Sebagai penuntut ilmu, aljohory juga mengaku sering teruji dengan penyakit-penyakit ini. Mungkin kerana kesedaran ulama’ terdahulu, mereka membukukan dan mengumpul ilmu tasawuf sebagai manifestasi kepada ilmu tauhid dan sebagai wadah untuk mensucikan amalan.

Mungkin ramai di kalangan kita yang menolak ilmu tasawuf mentah-mentah. kerana bagi mereka ilmu tasauf berkaitan dengan sufi terkaitkan dengan tariqat terkaitkan dengan bidaah dan dikaitkan dengan kesesatan maka ditolak bulat-bulat ilmu ini.sayang. kerana dengan ilmu tasauf lah diajar mengenali maksiat anggota yang tujuh, maksiat-maksiat hati, cara2 menjauhkan diri daripada maksiat2 tersebut dan akhir sekali membawa kepada penyucian dan penjernihan amalan2 kita daripada kotoran degil2 yang mampu merosakkan amalan. adapun mngenai ilmu hakikat dan tareqat2 sufi, maka ilmu itu hanya untuk orang yang layak beramal dengannya.

tulisan ini bukanlah untuk  ditujukan kepada sesiapa, tetapi hanyasanya untuk peringatan buat diri al-johory sendiri.. andai kiranya diri ini ditaqdirkan sebagai pembela agamuMu ya Allah, maka kau hiasilah diri ini dengan sifat tawadhu’ , ikhlas dan kasih terhadap kawan mahupun lawan…

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :

“Kami  telah beriman“, sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan Allah sebaik2 tempat pergantungan….

Wallahualam

at-Tahrim : 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا  النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ  اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka  yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang  kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya  kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

(at-Tahrim : 6)

قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

~ needs motivation to keep on running…….

[Allah permudahkan urusan kami dan teguhkan diri kami]

an-Nahlu : 97
مَنْ عَمِلَ صَـلِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam  keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang  baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala  yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (An-nahlu : 97)

bicara soal ikhlas ~ ice breaking
Solat isya’ berjemaah tersebut terasa indah. Tenang. Berkat taman syurga yang baru selesai masih hangat dan menusuk jiwa, meleraikan kekusutan lantaran urusan duniawi yang sangat melesukan. Khusyu’ yang dicari.

Raka’at kedua sudah, al-johory terlihat kelibat seorang budak berbadan gempal merempuh saf-saf manusia yang tegap berdiri mentutupi ruang laluan. Namun dek kerana badannya yang kecil, dia bisa menembusi. sangat unik. tumpuan al-johory terganggu seketika.

“terbatal wudhu’ agaknya. nak pergi ambil wudhu’ lah tu agaknya”, bisik hati kecil al-johory

Al – johory meneruskan solat, cuba mencari ketenangan dan khusyu’. Cuba merasakan kelazatan dalam solat yang jarang2 keterdapatan dek kerana lalai.

Raka’at ketiga, al-johory terdengar bunyi tapak kaki. berlari-lari kecil.

“eh, budak tadi.. dari belakang nak ke depan balik..” , terdetik al-johory..

budak berbadan gempal tersebut merempuh kembali saf-saf manusia dari belakang.. nafasnya begitu kencang.. lalu sampai di belakang al-johory.

“Allahuakbar”, sang imam bertakbir melakukan ruku’.

“Sami’allahuliman hamidah”, sambut imam tersebut.

Aljohory menurut… selesai ruku’ dan beri’tidal, al-johory membuka sedikit ruang untuk memberi laluan kepada budak berbadan gempal tersebut… lalu Imam pun bertakbir untuk bersujud.

Dengan pantas budak berbadan gempal tersebut mencelahi al-johory lalu dengan pantas dan tergesa-gesa menjatuhkan badan dan bersujud di depan aljohory………………..

“Ah sudah, macam mana aku nak sujud nih!… hampeh budak nih” , al-johory bermonolog…

tiada ruang. al-johory menjatuhkan lutut dan menolak budak tersebut ketepi… dia lantas melompat bangun dengan nafas yng kencang berlari2 ke penghujung saf….

solat al-johory ilal akhir lantas dihujani persoalan demi persoalan tentang asal-usul budak tersebut dan siapakah gerangan bapaknya…….

hilang khusyu’.. ceh

Rupanya, kanak2 tersebut sujud , ruku’ dan berdiri di merata2 tempat… haih

kepada, pakcik pakcik dan makcik yang ada anak dan dibawa ke masjid.. sila pastikan anak2 anda berkelakuan baik dan senonoh yer… jika tidak akan menganggu para jemaah yang lain ketika solat..

nasib baik al-johory tak jumpa budak tadi lepas solat.. kalau tak dah kena ikat kat tiang masjid tuh dah… (^_^) , mintak maaf yer pakcik or makcik, yer saya jahat.

~~~~ [ice breaking]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

buat sahabat2 yang di kasihi sekalian..

apa khabar dengan iman anda? ada naik? ada turun? ada mendatar? atau menjunam?? harap2 iman tuh masih kekal sedia ada dan bukan keluar masuk yer…

Alhamdulillah, aljohory dikurniakan kesempatan untuk menghadiri beberapa siri kuliah pengajian di masjid fathurrahman pengkalan rama, melaka. moga dikurniakan kelapangan dan kesempatan yang berterusan. Sang guru mengupas kitab tauhid dan kalam hikam syeikh ibnu ‘atoillah al-sakandari.. sangat cantik dan indah kalam hikam tersebut. terasa menusuk ke jiwa sanubari kemanisan isi pati ilmunya… Allahu Allah…

Akan dikongsi di dalam post yang seterusnya insyaAllah..

Izinkan al-johory menggantungkan post ini dengan hadith riwayat bukhari dan muslim….

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ

Sabda Rasulullah SAW.: “Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

[insyaAllah bersambung]

نظم عقيدة العوام
<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="445" height="364" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/Rd5Ysxikwc0&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="445" height="364" src="http://www.youtube.com/v/Rd5Ysxikwc0&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

نظم عقيدة العوام

<object id="doc_903354334258677" style="outline: none;" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="100%" height="600" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="name" value="doc_903354334258677" /><param name="data" value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" /><param name="wmode" value="opaque" /><param name="bgcolor" value="#ffffff" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="FlashVars" value="document_id=31402573&access_key=key-evth4xvzb5zn1nrn4mr&page=1&viewMode=list" /><param name="src" value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><param name="flashvars" value="document_id=31402573&access_key=key-evth4xvzb5zn1nrn4mr&page=1&viewMode=list" /><embed id="doc_903354334258677" style="outline: none;" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="600" src="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" flashvars="document_id=31402573&access_key=key-evth4xvzb5zn1nrn4mr&page=1&viewMode=list" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" bgcolor="#ffffff" wmode="opaque" data="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" name="doc_903354334258677"></embed></object>

The Race
“Quit, give up, you’re beaten”

They shout at you and plead

“There’s just too much against you

This time you can’t succeed”.

And as I start to hang my head

In front of failures face

My downward fall is broken by

The memory of a race

And hope refills my weakened will

As I recall that scene

Or just the thought of that short race

Rejuvenates my being

Childrens race, young boys

Young men, how I remember well

Excitement sure, but also fear

It wasn’t hard to tell

They all lined up so full of hope

Each thought to win that race

Or tie for first, or if not that

At least take second place

The fathers watched from off the side

Each cheering for his son

And each boy hoped to show his dad

That he could be the one

The whistle blew and off they went

Young hearts and hopes afire

To win and be the hero there

Was each young boys desire

And one boy in particular

Whose dad was in the crowd

Was running near the lead and thought

“My dad will be so proud”

But as they speeded down the field

Across a shallow dip

The little boy who thought to win

Lost his step and slipped

Trying hard to catch himself

With hands flew out to brace

And amid the laughter of the crowd

He fell flat on his face

But as he fell his dad stood up

And showed his anxious face

Which to the boy so clearly said

“Get up and win the race”

He quickly rose, no damage done

Behind a bit that’s all

And ran with all his night and mind

To make up for the fall

So anxious to restore himself

To catch up and to win

His mind went faster than his legs

He slipped and fell again

He wised then that he had quit before

With only one disgrace

“I’m hopeless as a runner now

I shouldn’t try to race”

But in the laughing crowd he searched

And found his fathers face

That steady look which said again

“Get up and win the race”

So up he jumped to try again

Ten yards behind the last

If I’m going to gain those yards he though

I’ve got to move real fast

Exerting everything he had

He regained eight or ten

But trying hard to catch the lead

He slipped and fell again

Defeat, he lay there silently

A tear dropped from his eye

There’s no sense running anymore

Three strikes, I’m out, why try?

The will to rise had disappeared

All hope had fled away

So far behind so error prone

A loser all the way

“I’ve lost, so what”, he thought

I’ll live with my disgrace

But then he thought about his dad

Whom soon he’d have to face

“Get up” the echo sounded low

“Get up” and take your place

You were not meant for failure here

“Get up”, and win the race

With borrowed will “Get up” it said

“You haven’t lost at all”

For winning is no more than this

To rise each time you fall

So up he rose to run once more

And with a new commit

He resolved, that win or lose

At least he shouldn’t quit

So far behind the others now

The most he’d ever been

Still he’d give it all he had

And run as though to win

Three times he’d fallen, stumbling

Three times he’d rose again

Too far behind to hope to win

He still ran to the end

They cheered the winning runner

As he crossed the line first place

Head high and proud and happy

No falling, no disgrace

But when the fallen youngster

Crossed the line, last place

The crowd gave him the greater cheer

For finishing the race

And even though he came in last

With head bent low, unproud

You would have thought he’d won the race

To listen to the crowd

And to his dad he sadly said

“I didn’t do too well”

“To me you won”, his father said

“You rose each time you fell”

by D. H. Groberg

~ For winning is no more than this  , To rise each time you fall ~

ana sudah bertunang…
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang..

“Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama…” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…”

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!”

Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! “Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. ”

“Ya Allah, tenangnya… ”

“Moga Allah memberkatinya. …”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku…

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab…

“Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar. ..”

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut…

“Ini nak, bukunya.”

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua’lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah ‘membeli’ baju pernikahannya. .. Arh… Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za’iqatul maut ~

Dipetik dari : YG Rabithah Fityah Muhammadi (Alumni Maahad Muhammadi).

Penulis : Siti Khairunnisa Azmi

Sumber :  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11298.msg139349;topicseen#new

Sebaran buat rakan2 pencinta taman syurga
11/04/2010- Kuliah Dhuha –  Sheikh Nuruddin Al Banjari

AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

Dengan sukacitanya diumumkan bahawa AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI akan mengunjungi Baitul Qurra pada hari Ahad 11 April 2010 dan akan menyampaikan Kuliah Dhuha.

Majlis ilmu ini akan bermula pada jam 10 pagi. Semua deijemput hadir. Semoga majlis in medapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanallahuwata’ala.

sumber :  baitul qurra

Assalamualaikum,

buat sahabat-sahabat MMMC sekalian, insyaAllah hari ahad 11 April 2010 akan ada kuliah dhuha tafaqquh fiddin di baitul qurra’ , sungai udang melaka.. sesiapa yang berhajat untuk pergi sila hubungi saya yer.. (ym saya atau hubungi no phone ).. insyaAllah kita gerak sama2…..

moga kita mendapat keberkatan daripada Allah dalam usaha untuk mencari ilmu dan mentarbiah diri insyaAllah..

~Jom ke taman syurga…!!

Melaka..
Assalamualaikum,

Alhamdulillahi Allahuakbar,

Minggu orientasi sudah ke penghujung. alhamdulillah sudah diberi gambaran tentang suasana yang bakal diempuhi di campus melaka ni.. dan yang paling menyeronokkan adalah lambakan kuliah2 ilmu yang keterdapatan di sekitar melaka tengah ni yang kesemuanya hanya sejengkal cuma (terubat rindu nak menghadiri majlis ilmu sebegitu.. (^_^) ).. aljohory sempat mengikuti 2-3 kuliah, insyaAllah apa yang dapat akan dikongsi bersama2 dalam post yang seterusnya..

slot2 yang terisi dalam minggu orientasi nih tak kurang menarik nya juga.. akan dikongsi juga kemudian insyaAllah..

till next time

~adieu

p/s – ustaz di surau al-muttaqin (if i’m not mistaken the name) tadi ada berbicara tentang tawadhuknya doa “Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil ‘akhirati hasanatan waqina ‘adhaban-nar’.. menarik.. nanti kita bualkan di post yang lain yer.. tungguuu

~ Start of something new ~
Assalamualaikum,

Alhamdulillah,

Semester baru, campus baru, bilik hostel baru, semangat baru, azam baru, tekad baru, baju baru, kasut baru, bini baru, senang cerita semuanya baru2 belaka…

Cukup lama sudah alJohory bertapa.. sunyi tanpa tulisan.. sunyi tanpa berita… sunyi tanpa mengupdate article2 terbaru di laman perjuangan maya “Just A Piece Of My Mind” nih..

Yurp, memang alJohory mengambil keputusan untuk menyepi seketika 6 bulan yang lalu. Dan dalam tempoh tersebut,  banyak isu2 menarik yang telah berlaku.. terlalu banyak yang boleh dikupas.. namun alJohory mengambil keputusan untuk menjadi silent reader dan memerhati komen2 dan ulasan-ulasan orang lain. Cukup banyak, ada yang positif malah ada yang negatif… namun itu semuanya terpulang kepada interpretasi fikiran masing2 and the way you perceive that matter..

Kepada sahabat-sahabat terdekat alJohory yang telah menukar address laman blog atau laman web masing2, usah risau, kebanyakannya alJohory dapat kesan laman web terbaru anda dan sentiasa menjenguk dan membaca update2 terkini anda… [yah! obviously i'm stalking you!! ekeke], teruskan penulisan dan ISTIQAMAH. (^_^)

Maka dengan ini alJohory membuka lembaran baru bagi blog ini.. insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa ; Live from MALACCA. berkemungkinan akan bertukar arah kepada article2 kesihatan serta apa2 yang menarik alJohory untuk berkongsi bersama sahabat2 sekalian. semoga di kurniakan kekuatan dan ketetapan hati serta dihindari dari segala perbuatan buruk dan kejahatan diri insyaAllah.. doakan alJohory

kepada sahabat2 yang menjenguk, tinggalkan komen dibawah… let me know ur still there yah! … uhibbukum fillah.

~moga di beri kekuatan

A START OF SOMETHING NEW ~ adieu

p/s – template blog ditukar sudah, bagi semangat baru sket..