Archive for the Category »Articles «

Ilmu dan fitnah

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum,

An-Nahl, 125 :

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini (dalam sekitar setahun dua yang lepas) al-johory suka mendiamkan diri dan lebih suka memerhati terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling aljohory… terutamanya dalam dunia tarbiah dan dakwah.

Bukannya bermaksud redha dengan segala isu negatif mahupun kesalahan2 yang menggugat aqidah yang berlaku,  bahkan di kalangan mereka2 yang bergelar da’ie mahupun pejuang agama sekalipun, tetapi hati tetap mengingkari serta membenci setiap maksiat yang terlakukan sama ada terhadap Zat Allah Ta’ala yang suci mahupun terhadap sesama manusia..

Kaedah di dalam agama,

Barangsiapa yang redha terhadap kekufuran, maka kufurlah ia…..

Itu halnya dengan kekufuran, maka sebesar-besar kerugian adalah kufur terhadap nikmat Islam yang Allah kurniakan. Apatah lagi di dalam perkara-perkara maksiat… Kaedah juga menyebutkan,

Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu…

Kaedah yang simple tanpa complexity yang nyata.

Allah Ta’ala juga berfirman dalam surah al-Ma’idah, 2 :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa(maksiat) dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”

Kita diseru untuk menolong ke arah kebajikan dan taqwa dan DILARANG untuk membantu terhadap perkara perkara MAKSIAT dan PERMUSUHAN. dan Allah Ta’ala mengakhiri dengan gesaan bertaqwa kepada Allah dan ancaman terhadap beratnya siksa Allah andai Dia murka.

Maka atas dasar itu jugak, al-johory sentiasa mengingatkan diri untuk membenci dan mengingkari setiap jenis maksiat dan kekufuran, lebih2 lagi kesalahan maksiat terhadap Zat Allah Ta’ala yang suci, walaupun hanya mendiamkan diri terhadap isu-isu yang berlegar. Cumanya ada sekali dua juga mengeluarkan status2 yang berunsur provokasi..

Barangkali kita sudah biasa dengan hadith riwayat Muslim ini, more…

Pembentukan Jiwa Remaja Yang Bertaqwa 3

Assalamualaikum

Berikut merupakan bahagian terakhir daripada post;

Semoga dengan ini kita sama-sama dapat mengislahkan diri dan memperbaiki segala kekurangan dan kecacatan akhlaq dan peribadi, insyaAllah.

Mengamalkan akhlak yang baik:

17. Mengamalkan akhlak yang baik adalah satu daripada jalan-jalan yang paling penting dalam membentuk jiwa bertaqwa dalam diri para remaja dan belia sama ada lelaki atau wanita.

18. Akhlak yang baik sedemikian penting sehingga dalam al-Quran nabi Muhammad saw dipuji oleh Allah dengan menyebutnya dari segi akhlaknya, sebagaimana yang jelas dalam ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya akhlak tuan hamba sungguhnya hebat wahai Muhammad):.(al-Qalam:4).

Dan dalam hadith riwayat Abu Daud dinyatakan bahawa Nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan di kalangan sarjana Barat terkenal bahawa pimpinan Rasulullah saw berkesan “by sheer moral force” kerana akhlaknya yang sedemikian bertenaga.

19. Sifat-sifat yang mulia itu hendaklah difahami dan diyakini kebaikannya bagi membentuk ketaqwaan, mulai dengan sifat-sifat yang ada pada Nabi saw sendiri – sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan kebenaran) dan fatanah atau kebijaksanaan (dan kita menjadi bijaksana kerana kita menumpang kebijaksanaan Allah dan RasulNya dengan kita memahami Quran dan Sunnahnya dan kitab-kitab ulama yang menghuraikan kedua-duanya). Hendaklah kita berperagai dengan perangai yang baik seperti pemurah, ikhlas, rajin dalam kebajikan, tepat menunaikan janji,peramah, suka menolong orang yang memerlukan pertolongan, sabar , tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

20. Dan boleh disebutkan bahawa sebagai pelajar perlu dijaga, untuk menjaga ketaqwaan: keimanan yang kuat, pengabdian kepada Tuhan, akhlak yang mulia, mengambil berat tentangt usaha mempelajari ilmu, samada ilmu keagamaan atau juga ilmu-ilmu lainnya yang bermanafaat dalam rangka fardhu kifayah, disiplin dalam hidup dengan penuh tertib dalam semua perkara: dalam ibadat, belajar, pergaulan, dengan guru dan ibu bapa serta kawan-kawan dan seterusnya, serta sifat gigih atau bersungguh-sungguh.

21. Dan dalam hubungan dengan pelajar juga perlu disebut sifat-sifat taqwa sebagai pelajar: bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu kerana Allah dan kerana hendak memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara dan ummat Islam, bahkan ummat manusia amnya. Juga hendaklah dijayakan budaya membaca dan mencatit secara berkesan, juga budaya membeli buku bila ada kemampuan. more…

Pembentukan Jiwa Remaja Yang Bertaqwa 2

Assalamualaikum

Berikut merupakan Sambungan post;

Pembentukan jiwa Remaja Yang Bertaqwa

Semoga perolah manfaat, insyaAllah.

pemuda

Bagaimana Membina ketaqwaan

6. Ketaqwaan adalah kurnia Allah kepada para hambaNya yang dikasihinya.Yang boleh dilakukan oleh seseorang itu ialah mukaddimahnya; iaitu antaranya dengan membentuk kefahaman yang benar tentang aqidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah yang merupakan satu-satunya sahaja aqidah yang benar berdasarkan kepada Quran, Sunnah dan ijma’ ulama dalam umat ini.

Mengenal Sifat-Sifat Allah

7. Hendaklah pengetahuan tentang Allah diketahui dengan baik dengan sifat-sifatNya: AdaNya, SediakalaNya, KekalNya,  Menyalahi Yang BaharuNya,  Berdiri SendiriNya, WahdaniyahNya, Sifat IlmuNya, HayatNya, KuasaNya, KehendakNya, MendengarNya, MelihatNya, Berkata-kataNya. Ini mesti diketahui dengan jelas dan yakin.

8. Hendaklah diketahui Ianya Maha Melihat, maka kita mesti memerhatikan diri kita supaya selalu taat kepadaNya dan tidak derhaka kepadaNya. kalau tersilap derhaka hendaklah dengan segera bertaubat kepadaNya dan jangan tangguhkan lagi taubat itu, sebab menangguh-nangguhkan taubat adalah satu dosa yang lain pula. Juga hendaklah diketahui SifatNya Mengintai dan memerhati hambaNya -ar-raqib; dengan itu hendaklah hamba menjaga segala perbuatan dan tutur katanya. Juga hendaklah diketahui dan diyakini bahawa Ia Maha Kuasa dan Maha Hebat, dengan itu timbul gerun dalam hati untuk derhaka kepadaNya. Hendaklah diketahuim Ia Maha Pemurah dalam memberikan kurnia dan memberikan pahala, tetapi dalam masa yang sama paling Kuat MarahNya dan Berat AzabNya. Dengan itu kita mengharapkan pahalaNya dengan melakukan kebajikan dan kita meninggalkan kejahatan untuk mengelak diri daripada dosa dan azab. Nau’dhu billahi min dhalik.

9. Hendaklah kita mengetahui perjalanan mereka yang solih bagaimana mereka selamat dengan taat kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, dan bagaimana pula mereka yang derhaka itu terkena bala dan dihukum di Akhirat.

10. Hendaklah juga kita mengenali sejarah dan memerhatikan bagaimana bangsa-bangsa dan orang-orang perseorangan yang taat selamat dan mereka yang mengamalkan nilai-nilai yang jahat binasa dan musnah.

more…

Category: Ad-din, Articles  One Comment

Pembentukan Jiwa Remaja Yang Bertaqwa

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum,

Semalam al-johory berkesempatan untuk menghadiri saturday circle. Terkagum seketika apabila mendengar sahabat al-johory berbicara meluahkan mesej-mesej yang berguna menyentak jiwa lantas al-johory terdetik..

“bagusnya mamat nih, potensi memang sentiasa ada. Tapi sayang bakat yang ada disimpan dan diperam tanpa digunakan sepenuhnya”..

Bukannya al-johory tak pernah dengar beliau bermadah, banyak kali sudah. dan setiap kali itu al-johory terkagum. Namun sayangnya frequensi penggunaan bakat tersebut sangat lah dibataskan. Nampaknya pengaruh-pengaruh keduniaan banyak membataskan pengunaan potensinya.. bangunlah wahai sahabatku, celikkan mata, bukakan minda, gerakkan anggota, carilah dirimu yang telah lama kehilangan dan lawanlah godaan keseronokan dunia..

Pemuda merupakan aset yang amat berharga bagi ummah. sangat-sangat bernilai. sejarah sendiri telah menunjukkan betapa qudrah pemuda mampu membawa perubahan yang sangat signifikan dan kontribusi yang besar buat ummah.

Sultan muhammad al-fateh merupakan seorang pemuda yang paling hebat sehingga dapat menawan kerajaan Rom di Itali yang mana pemerintahan kerajaan Rom selama lebih kurang 1100 tahun jatuh ke tangan seorang pemuda. Ketika Sultan Muhammad Al- Fateh menakluki kerajaan Konstantinopel, usianya  21 tahun. Seorang pemuda yang dijelaskan di dalam hadis Nabi SAW yang mana beliau adalah pemimpin yang paling hebat dan mempunyai tentera yang paling hebat. Di indoenisa, Pemimpin Suharto pernah berkata “berikan aku 10 orang pemuda, dan sudah pasti aku mampu menggongcang dunia.”

Apa yang menyedihkan sekarang, pemuda-pemudi Islam ketika ini banyak yang dibuai leka dengan keseronokan duniawi. Budaya hedonisme dijadikan pedoman hidup. Kehidupan seharian berlandaskan keseronokan semata-mata. Agenda-agenda barat seringkali diagungkan. Aljohory pernah ditakdirkan untuk berada di ibukota ketikamana malam kemerdekaan disambut selama 3 tahun berturut-turut. suasana yang sangat-sangat menyedihkan dapat aljohory lihat.. punah akhlaq pemuda pemudi kita…

BANGUNLAH WAHAI PEMUDA!! BANGUNLAH WAHAI SINGA UMMAH!

sudah tiba masanya hati kita dijentik dan dipaksa untuk berdiri.. ummah sekarang berada didalam bahaya. Kitalah yang mampu merubahnya. Sungguh perubahan ummah perlu bermula daripada individu pemuda itu sendiri dengan pembentukan jiwa yang bertaqwa sebagai langkah pertama. Sama-sama kita renung dan fikirkan..

Al-johory sertakan kertas kerja yang ditulis oleh ustaz uthman el-muhammady  pada tahun 2000 sebagai penduan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian. more…

Category: Ad-din, Articles  2 Comments

Nasihat Guru .. Sekadar Untuk Dikongsi Bersama…

Article ini di ambil daripada sebuah laman blog…. ianya diedit sedikit namun tidak mencacatkan msej yg  hendak disampaikan.. moga semua terima manfaat…

Pesanan untuk diri dan semua……

——> Article bermula

Nasihat Guru .. Sekadar Untuk Dikongsi Bersama…

Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Baru-baru ini penulis dan bapa penulis menziarahi salah seorang guru yang sangat kami hormati dan kasihi. Beliau telah banyak mengajar kami solat dengan “kayfiyyat” yang sangat teliti mengikut mazhab Imam Tercinta, Imam al-Shafie r.a. Beliau juga sering menekankan tauhid berdasarkan mazhab Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari. Percakapan beliau juga sering disulami dengan sentuhan fiqh semasa, tasawwuf dan makrifat. [Semoga Allah memelihara beliau. Amat jarang ditemui seorang guru seperti beliau]. more…

Category: Ad-din, Articles  One Comment

Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 4)

Assalamualikum,

Alhamdulillah kita sudah masuk kepada siri yang ke-4 tentang pengenalan kepada satu mazhab yang pada suatu masa dahulu telah mendatangkan fitnah yang besar kepada umat Islam. Tujuan siri ini diterbitkan tidak lain dan tidak bukan supaya kita dapat mengenali iqtiqad atau pegangan kaum Mu’tazilah yang ternyata tergelincirnya dari jalan yang lurus agar kita sama sekali tidak terjerumus kepada fahaman ini kerana kejahilan kita.. semoga dengan perkongsian maklumat ini kita sama2 mendapat pencerahan..

Insya Allah post ini merupakan siri yang terakhir daripada ‘pengenalan ringkas terhadap kaum Mu’tazilah‘.. Untuk post yang seterusnya kita akan menghuraikan tentang iqtiqad-iqtiqad kaum Mu’tazilah yang bertentangan dengan kaum Ahlisunnah waljamaah..

Kepada yang baru sahaja mengikuti post ini, di bawah saya sertakan siri-siri yang terdahulu….

——————————————————————————> article disambung…

Suka berdebat

Ciri-ciri daripada kaum Mu’tazilah ialah suka berdebat, terutama dihadapan umum. Sesiapa yang berlainan pendapatnya dengan mereka lantas diajaknya berdebat, diajaknya bertanding dihadapan umum, kerana mereka sangat yakin dengan kekuatan aqal mereka. Hampir 200 tahun dunia Islam digincangkan oleh perdebatan-perdebatan daripada kaum Mu’tazilah dengan bertujuan untuk mengalahkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Acara-acara perdebatan yang ditonjolkan mereka ialah:-

  • Sifat Tuhan ada atau tidak
  • Buruk dan baik siapa yang menetapkan, aqal atau syara’
  • Pembuat dosa besar kekal dalam neraka atau tidak
  • Quran itu makhluk atau tidak
  • Perbuatan manusia dijadikan manusia atau dijadikan tuhan
  • Allah dapat dilihat di akhirat ataupun tidak
  • Quran dapat dibuat manusia atau tidak
  • Alam itu qadim(sedia ada) atau hadith(baru)
  • Syurga dan neraka kekal atau tidak
  • Arwah itu pindah-pindah atau tidak
  • Tuhan itu wajib menciptakan yang baik dan lebih baik
  • Nabi Muhammad mi’raj dengan tubuh atau tidak
  • dan lain-lain

Melihat keadaan kaum Mu’tazilah yang suka berdebat ini, maka Imam Abu Hassan Al-Ash’ari, Imam kaum ahlisunnah wal jamaah terpaksa meneladani kaum Mu’tazilah dengan lisan dan tulisan, dengan cara perdebatan pula. more…

Category: Ad-din, Articles  One Comment

Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 3)

Kedudukan aqal bagi kaum Mu’tazilah

Sepanjang sejarah, tersebut bahawa salah satu karakter bagi kaum Mu’tazilah adalah cara mereka membentuk mazhabnya, banyak mempergunakan aqal dan lebih mengutamakan aqal, berbanding al-Quran dan hadith.

Kalau ditimbang aqal dengan hadith  nabi maka aqal lebih berat bagi mereka. Mereka lebih memuji aqal mereka dibanding dengan ayat-ayat al-quran dan hadith nabi

Setiap perkara ditimbang terlebih dahulu dengan aqalnya, maka yang tidak sesuai dengan aqalnya ditolak, walaupun ada dalil daripada hadith atau ayat al-quran yang bertalian dengan masalah itu tetapi berlawanan dengan aqalnya.

Bagi kaum Mu’tazilah aqal lebih tinggi dan terutama daripada al-quran dan hadith, sebaliknya bagi kaum ahli-sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa al-quran dan hadith lebih tinggi kedudukannya berbanding aqal.

Sebagai contoh, tentang Mi’raj nabi Muhammad SAW, kaum Mu’tazilah tidak menerima adanya Mi’raj walaupun ayat al-Quran atau hadith nabi yg sahih menyatakan hal itu – katanya bertentang dengan aqal.

Kaum Mu’tazilah menolak adanya kabangkitan qubur dan siksaan kubur. Hal itu katanya, bertentangan dengan aqal, kerana mustahil orang yang sudah mati dan terbaring di dalam tanah yang sempit itu dibangkitkan dan disuruh duduk, walaupun ada hadith yang sahih yang menyatakan hal ini.

Oleh kerana itu, kaum Mu’tazilah dalam kitab-kitab tafsirnya mencuba mentafsirkan al-Quran dengan aqal dan memutar belitkan ayat-ayat suci itu sesuai dengan aqalnya. more…

Category: Ad-din, Articles  One Comment