Archive for the Category »Ad-din «

Ilmu dan fitnah

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum,

An-Nahl, 125 :

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini (dalam sekitar setahun dua yang lepas) al-johory suka mendiamkan diri dan lebih suka memerhati terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling aljohory… terutamanya dalam dunia tarbiah dan dakwah.

Bukannya bermaksud redha dengan segala isu negatif mahupun kesalahan2 yang menggugat aqidah yang berlaku,  bahkan di kalangan mereka2 yang bergelar da’ie mahupun pejuang agama sekalipun, tetapi hati tetap mengingkari serta membenci setiap maksiat yang terlakukan sama ada terhadap Zat Allah Ta’ala yang suci mahupun terhadap sesama manusia..

Kaedah di dalam agama,

Barangsiapa yang redha terhadap kekufuran, maka kufurlah ia…..

Itu halnya dengan kekufuran, maka sebesar-besar kerugian adalah kufur terhadap nikmat Islam yang Allah kurniakan. Apatah lagi di dalam perkara-perkara maksiat… Kaedah juga menyebutkan,

Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu…

Kaedah yang simple tanpa complexity yang nyata.

Allah Ta’ala juga berfirman dalam surah al-Ma’idah, 2 :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa(maksiat) dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”

Kita diseru untuk menolong ke arah kebajikan dan taqwa dan DILARANG untuk membantu terhadap perkara perkara MAKSIAT dan PERMUSUHAN. dan Allah Ta’ala mengakhiri dengan gesaan bertaqwa kepada Allah dan ancaman terhadap beratnya siksa Allah andai Dia murka.

Maka atas dasar itu jugak, al-johory sentiasa mengingatkan diri untuk membenci dan mengingkari setiap jenis maksiat dan kekufuran, lebih2 lagi kesalahan maksiat terhadap Zat Allah Ta’ala yang suci, walaupun hanya mendiamkan diri terhadap isu-isu yang berlegar. Cumanya ada sekali dua juga mengeluarkan status2 yang berunsur provokasi..

Barangkali kita sudah biasa dengan hadith riwayat Muslim ini, more…

bicara soal ikhlas ~ ice breaking

Solat isya’ berjemaah tersebut terasa indah. Tenang. Berkat taman syurga yang baru selesai masih hangat dan menusuk jiwa, meleraikan kekusutan lantaran urusan duniawi yang sangat melesukan. Khusyu’ yang dicari.

Raka’at kedua sudah, al-johory terlihat kelibat seorang budak berbadan gempal merempuh saf-saf manusia yang tegap berdiri mentutupi ruang laluan. Namun dek kerana badannya yang kecil, dia bisa menembusi. sangat unik. tumpuan al-johory terganggu seketika.

“terbatal wudhu’ agaknya. nak pergi ambil wudhu’ lah tu agaknya”, bisik hati kecil al-johory

Al – johory meneruskan solat, cuba mencari ketenangan dan khusyu’. Cuba merasakan kelazatan dalam solat yang jarang2 keterdapatan dek kerana lalai.

Raka’at ketiga, al-johory terdengar bunyi tapak kaki. berlari-lari kecil.

“eh, budak tadi.. dari belakang nak ke depan balik..” , terdetik al-johory..

budak berbadan gempal tersebut merempuh kembali saf-saf manusia dari belakang.. nafasnya begitu kencang.. lalu sampai di belakang al-johory.

“Allahuakbar”, sang imam bertakbir melakukan ruku’.

“Sami’allahuliman hamidah”, sambut imam tersebut.

Aljohory menurut… selesai ruku’ dan beri’tidal, al-johory membuka sedikit ruang untuk memberi laluan kepada budak berbadan gempal tersebut… lalu Imam pun bertakbir untuk bersujud.

Dengan pantas budak berbadan gempal tersebut mencelahi al-johory lalu dengan pantas dan tergesa-gesa menjatuhkan badan dan bersujud di depan aljohory………………..

“Ah sudah, macam mana aku nak sujud nih!… hampeh budak nih” , al-johory bermonolog…

tiada ruang. al-johory menjatuhkan lutut dan menolak budak tersebut ketepi… dia lantas melompat bangun dengan nafas yng kencang berlari2 ke penghujung saf…. :sweat:

solat al-johory ilal akhir lantas dihujani persoalan demi persoalan tentang asal-usul budak tersebut dan siapakah gerangan bapaknya…….

hilang khusyu’.. ceh

Rupanya, kanak2 tersebut sujud , ruku’ dan berdiri di merata2 tempat… haih

kepada, pakcik pakcik dan makcik yang ada anak dan dibawa ke masjid.. sila pastikan anak2 anda berkelakuan baik dan senonoh yer… jika tidak akan menganggu para jemaah yang lain ketika solat..

nasib baik al-johory tak jumpa budak tadi lepas solat.. kalau tak dah kena ikat kat tiang masjid tuh dah… (^_^) , mintak maaf yer pakcik or makcik, yer saya jahat. :-)

~~~~ [ice breaking]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

buat sahabat2 yang di kasihi sekalian..

apa khabar dengan iman anda? ada naik? ada turun? ada mendatar? atau menjunam?? harap2 iman tuh masih kekal sedia ada dan bukan keluar masuk yer…

Alhamdulillah, aljohory dikurniakan kesempatan untuk menghadiri beberapa siri kuliah pengajian di masjid fathurrahman pengkalan rama, melaka. moga dikurniakan kelapangan dan kesempatan yang berterusan. Sang guru mengupas kitab tauhid dan kalam hikam syeikh ibnu ‘atoillah al-sakandari.. sangat cantik dan indah kalam hikam tersebut. terasa menusuk ke jiwa sanubari kemanisan isi pati ilmunya… Allahu Allah…

Akan dikongsi di dalam post yang seterusnya insyaAllah..

Izinkan al-johory menggantungkan post ini dengan hadith riwayat bukhari dan muslim….

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ

Sabda Rasulullah SAW.: “Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

[insyaAllah bersambung]

نظم عقيدة العوام

نظم عقيدة العوام

ana sudah bertunang…

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

more…

Pembentukan Jiwa Remaja Yang Bertaqwa 3

Assalamualaikum

Berikut merupakan bahagian terakhir daripada post;

Semoga dengan ini kita sama-sama dapat mengislahkan diri dan memperbaiki segala kekurangan dan kecacatan akhlaq dan peribadi, insyaAllah.

Mengamalkan akhlak yang baik:

17. Mengamalkan akhlak yang baik adalah satu daripada jalan-jalan yang paling penting dalam membentuk jiwa bertaqwa dalam diri para remaja dan belia sama ada lelaki atau wanita.

18. Akhlak yang baik sedemikian penting sehingga dalam al-Quran nabi Muhammad saw dipuji oleh Allah dengan menyebutnya dari segi akhlaknya, sebagaimana yang jelas dalam ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya akhlak tuan hamba sungguhnya hebat wahai Muhammad):.(al-Qalam:4).

Dan dalam hadith riwayat Abu Daud dinyatakan bahawa Nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan di kalangan sarjana Barat terkenal bahawa pimpinan Rasulullah saw berkesan “by sheer moral force” kerana akhlaknya yang sedemikian bertenaga.

19. Sifat-sifat yang mulia itu hendaklah difahami dan diyakini kebaikannya bagi membentuk ketaqwaan, mulai dengan sifat-sifat yang ada pada Nabi saw sendiri – sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan kebenaran) dan fatanah atau kebijaksanaan (dan kita menjadi bijaksana kerana kita menumpang kebijaksanaan Allah dan RasulNya dengan kita memahami Quran dan Sunnahnya dan kitab-kitab ulama yang menghuraikan kedua-duanya). Hendaklah kita berperagai dengan perangai yang baik seperti pemurah, ikhlas, rajin dalam kebajikan, tepat menunaikan janji,peramah, suka menolong orang yang memerlukan pertolongan, sabar , tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

20. Dan boleh disebutkan bahawa sebagai pelajar perlu dijaga, untuk menjaga ketaqwaan: keimanan yang kuat, pengabdian kepada Tuhan, akhlak yang mulia, mengambil berat tentangt usaha mempelajari ilmu, samada ilmu keagamaan atau juga ilmu-ilmu lainnya yang bermanafaat dalam rangka fardhu kifayah, disiplin dalam hidup dengan penuh tertib dalam semua perkara: dalam ibadat, belajar, pergaulan, dengan guru dan ibu bapa serta kawan-kawan dan seterusnya, serta sifat gigih atau bersungguh-sungguh.

21. Dan dalam hubungan dengan pelajar juga perlu disebut sifat-sifat taqwa sebagai pelajar: bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu kerana Allah dan kerana hendak memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara dan ummat Islam, bahkan ummat manusia amnya. Juga hendaklah dijayakan budaya membaca dan mencatit secara berkesan, juga budaya membeli buku bila ada kemampuan. more…

Tunjukkan daku jalan itu..

فأكْثِرَنْ من ذكرها بالأدبِ   ::   ترقى بهذا الذكر أعلى الرتبِ

وغَلَِبِ الخوفَ على الرجاء   ::   وسِرْ لمولاكَ بلا تناءِ

وجَدِّدِ التَّوبةَ للأوزارِ   ::   لا تيْاَسَنْ من رحمة الغفارِ

وكن على آلائِهِ شكورا   ::   وكن على بلائه صبورا

وكل أمرٍ بالقضاء والقدرْ   ::   وكل مقدورٍ فما عنه مفَرّْ

فكُنْ له مُسَلِّماً كَيْ تَسْلَما   ::   واتبع سبيل الناسكين العُلَما

وخَلِّصِ القلبَ من الأغيارِ   ::   بالجد والقيامِ في الأسحارِ

والفكر والذكرِ على الدوامِ   ::   مجتنباً لسائرِ الآثامِ

مراقبا لله في الأحوالِ   ::   لترتقي مَعالمَ الكمالِ

وقل بِذُلٍّ ربِّ لا تقطعني  ::   عنك بقاطعٍ ولا تحرمني

Maka perbanyakkanlah menyebut kalimah tersebut (Syahadah) dengan adab, :: Maka akan meningkat dengan zikir ini sehingga martabat tertinggi.

Dan perbanyakkanlah rasa takut berbanding harap :: Dan berjalanlah menuju Tuhanmu tanpa menetap.

Dan perbahruilah taubat terhadap sekalian dosa :: Jangan sesekali putus asa dari rahmat Tuhan Maha Pengampun dosa.

Hendaklah kamu bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang dikurnia :: Dan hendaklah kamu bersabar dengan setiap bala.

Setiap urusan itu adalah dengan Qadha dan Qadar :: Dan setiap ketentuan tiadalah siapa dapat lari.

Jadilah kamu berserah kepadaNya agar sejahtera :: Dan ikutilah jalan ahli ibadah dan ulama’.

Sucikanlah hatimu daripada Al-Aghyar (selain Allah) :: Dengan usaha dan berjaga di malam hari.

Dan berfikir serta berzikir sentiasa :: Serta menjauhi segala dosa.

Hendaklah kamu sentiasa muraqabah Allah dalam setiap keadaan :: Agar kamu meningkat ke Ma’alim kesempurnaan.

Dan berdoalah kepada Tuhan dengan penuh rendah diri:”Jangan Engkau putuskan daku dariMu dengan sebarang halangan dan janganlah haramkan daku (dari wusul).

[Al-Kharidah Al-Bahiyyah, Imam Ad-Dardir]

Pembentukan Jiwa Remaja Yang Bertaqwa 2

Assalamualaikum

Berikut merupakan Sambungan post;

Pembentukan jiwa Remaja Yang Bertaqwa

Semoga perolah manfaat, insyaAllah.

pemuda

Bagaimana Membina ketaqwaan

6. Ketaqwaan adalah kurnia Allah kepada para hambaNya yang dikasihinya.Yang boleh dilakukan oleh seseorang itu ialah mukaddimahnya; iaitu antaranya dengan membentuk kefahaman yang benar tentang aqidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah yang merupakan satu-satunya sahaja aqidah yang benar berdasarkan kepada Quran, Sunnah dan ijma’ ulama dalam umat ini.

Mengenal Sifat-Sifat Allah

7. Hendaklah pengetahuan tentang Allah diketahui dengan baik dengan sifat-sifatNya: AdaNya, SediakalaNya, KekalNya,  Menyalahi Yang BaharuNya,  Berdiri SendiriNya, WahdaniyahNya, Sifat IlmuNya, HayatNya, KuasaNya, KehendakNya, MendengarNya, MelihatNya, Berkata-kataNya. Ini mesti diketahui dengan jelas dan yakin.

8. Hendaklah diketahui Ianya Maha Melihat, maka kita mesti memerhatikan diri kita supaya selalu taat kepadaNya dan tidak derhaka kepadaNya. kalau tersilap derhaka hendaklah dengan segera bertaubat kepadaNya dan jangan tangguhkan lagi taubat itu, sebab menangguh-nangguhkan taubat adalah satu dosa yang lain pula. Juga hendaklah diketahui SifatNya Mengintai dan memerhati hambaNya -ar-raqib; dengan itu hendaklah hamba menjaga segala perbuatan dan tutur katanya. Juga hendaklah diketahui dan diyakini bahawa Ia Maha Kuasa dan Maha Hebat, dengan itu timbul gerun dalam hati untuk derhaka kepadaNya. Hendaklah diketahuim Ia Maha Pemurah dalam memberikan kurnia dan memberikan pahala, tetapi dalam masa yang sama paling Kuat MarahNya dan Berat AzabNya. Dengan itu kita mengharapkan pahalaNya dengan melakukan kebajikan dan kita meninggalkan kejahatan untuk mengelak diri daripada dosa dan azab. Nau’dhu billahi min dhalik.

9. Hendaklah kita mengetahui perjalanan mereka yang solih bagaimana mereka selamat dengan taat kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, dan bagaimana pula mereka yang derhaka itu terkena bala dan dihukum di Akhirat.

10. Hendaklah juga kita mengenali sejarah dan memerhatikan bagaimana bangsa-bangsa dan orang-orang perseorangan yang taat selamat dan mereka yang mengamalkan nilai-nilai yang jahat binasa dan musnah.

more…

Category: Ad-din, Articles  One Comment