Archive for the Category »Bila Hati Berbicara «

bila hati berbicara… lagi

Assalamualaikum,

the things going on in my head the past few days..

Weekend

emm.. had a bad weekend + no talking mood + a bit tempered… just stayed at home tanpa keluar..

sebab-sebabnya?

  1. sakit gigi, mula dari hari rabu.. sampai sekarang.
  2. Demam + selsema + sakit kepala….. skrg nin pun demam sikit.. on n off plus batuk.
  3. marah, kecewa n bengang dgn beberapa individu.
  4. marah dengan segolongan manusia yg berbicara seolah dirinya ulama’ mujtahid dan memperlekehkan ulama’ dan ahli-ahli agama.
  5. dan lain lain..?

hmm but basically demam tu yang buat tak keluar rumah… sebab hujan plus tak larat lah nak merayau2 naik lembu tuh.. all other causes are just precipitating factors yang menyebabkan hilang mood..

natijahnya = bad wekeend

Mu’tamar

ada tinggal dua minggu lagi untuk  mu’tamar… kena siapkan wallpaper promotion… sabaq nor..

banyak kenangan pahit dan manis dengan keluarga iya nih.. dengan MT2 iya yang berdedikasi.. (^_^). terima kasih semua

tak sabar rasanya nak lepaskan jawatan. dah banyak dah perit dirasa. rasanya banyak amanah yg tak sempurna (kerna itu rasanya lebih elok diberi pada yang layak.. yer dak?). banyak gelaran yang diterima. ‘EDITOR of EDITOR‘ dan ‘anti-SUNNAH‘ … itulah gelaran paling pahit penah saya terima sejak menceburkan diri dalam IYA di manipal ni.. hanya kerana perbezaan pendapat, gelaran sebegitu rupa dilemparkan.. sejak bila entah saya anti sunnah rasulullah.. bukankah terbatal iman kalau gitu?  rasanya cukuplah buat masa sekarang. nak berehat seketika daripada IYA.

if andainya jawatan senior exco tu boleh ditolak, ditolak jua. tapi kalau tak diterima siapa yang nak menerima?… Saya cadangkan dimansuhkan jawatan senior exco boleh?

Mesin basuh

dah 2 minggu mesin basuh rosak.. tak berpusing..  more…

wind of change… ~bila hati berbicara~

Angin perubahan…. :prud:

kalimah yang berlegar-legar di ruang pemikiran al-johory sejak hari tersebut.. sehingga lah sekarang.

Ternyata jaulah aljohory ke Mesir tempoh hari memberi kesan yang mendalam terhadap diri. Siri pengajaran demi pengajaran yang al-johory tempuhi sepanjang di sana membuahkan momentum-momentum yang begitu besar seolah-olah menolak al-Johory sambil mendesak untuk melakukan satu perkara. perubahan..

Cantik sungguh aturan Ilahi….

Jika ada orang berkata jaulah al-johory ke Mesir mendatang keseronokan duniawi semata.. dengan tegar al-johory berkata TIDAK sama sekali..

Jaulah Mesir was my spirit walk.. satu jaulah yang menyegar dan menyuburkan kembali santapan rohani diri ini.

—–

Masih jelas lagi tanggal 12 rabiulawal, kaherah. langit begitu cerah, matahari memancar indah, awan memayungi wajah… seolah-olah mengerti lawatan kami pada hari itu satu lawatan yang akan menyingkap kembali sejarah perjuangan Islam, lalu membuka ruang memberi jalan untuk kami benar-benar menghayati hari tersebut…kami dibawa melawat maqam-maqam Auliya’, banyak sungguh yang aljohory dapat pada hari tersebut…

jami' al-azhar

langit cerah tanggal 12 rabiul awal..

more…

Apa kata sahabat?

Assalamualaikum,

Entah mengapa semenjak dua tiga minggu nih, al-johory  berasa sedikit depressed=(

mungkin kerana bebanan tugas? kerja? study? ataupun hormonal imbalance :hm: (rasa macam perempuan pula).. so al-johory ada sedikit mood swing lah nih.. jap-jap kan ok, jap-jap kan tidak…

And lately, al-johory perasan yang al-johory sekarang mudah jer nak meletup or marah.. atau dalam bahasa omputihnyer… anger… but al-johory bukan yang jenis aggresive anger, but then passive anger (click the word to know the symptoms) … hmm bahaya nih..  :choler: … tapi terkadang tuh aggresive tuh muncul juga.. tapi ku tahan jebat…

Sampai ke tahap, al-johory wonder sendiri, what exactly is my personality. As if al-johory dah tak kenal diri sendiri dah..  :aie3:   is this a symptom of depression? or is it just my thoughts fooling around…

Anyway, nak di pendekkan cerita, tengah hari tadi al-johory terfikir di library, “why not do a survey on what my friends think of me?“, bak kata ukhti maisarah dalam blog dier, “Apa peranan sahabat sebagai cermin buat kita ataupon apakah peranan kita sebagai cermin buat sahabat-sahabat kita?” lalu ditinggalkan persoalan di situ…

Jadi di sini al-johory nak buat satu survey tentang diri al-johory dari sudut pandangan sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian. Dengan tujuan untuk al-johory perbaiki kelemahan diri and judge myself on which ground and which side do i stand in the crowd… Maka saya nak minta jasa baik sahabat-sahabat sekelian untuk meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa persoalan tentang al-johory… You be my mirror…. anda jadi cermin al-johory… :rose: more…

Something to ponder…

Baitul Muslim

Rumah Tangga Islami

Oleh: Mustafa Masyhur (tak tau sapa but nice article anyway)

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.

Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya. more…

Protected: Passing Through one Thousand nights…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Category: Bila Hati Berbicara  Enter your password to view comments.