Archive for the Category »Siri Tauhid «

نظم عقيدة العوام

نظم عقيدة العوام

Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 2)

Asal Usul Mu’tazilah

Pekataan ‘Mu’tazilah‘ berasal daripada perkataan’I’tizal‘, maksudnya menyisihkan diri. Kaum Mu’tazilah ertinya kaum yang menyisihkan diri. Ada beberapa pendapat yang menerangkan tentang mengapa kaum ini dinamakan sebagai kaum Mu’tazilah.

1. Pendapat Pertama

Ada seorang guru besar di Baghdad, Namanya Hasan Basri (meninggal tahun 110 hijrah). Antara muridnya ialah seorang yang bernama Wasil bin Ata’ (meninggal tahun 131 hijrah). Pada suatu hari Imam Hasan Basri menerangkan bahawa orang Islam yang telah beriman kepada Allah dan Rasulnya, tetapi kebetulan ia telah mengerjakan dosa besar (kecuali dosa syirik), maka orang itu tetap muslim tetapi muslim yang derhaka. Di akhirat nanti, kalau ia meninggal sebelum betaubat daripada dosanya, ia akan masuk ke neraka buat sementara waktu untuk menerima hukuman atas dosanya, tetapi apabila sudah selesai menjalani hukuman, ia akan dikeluarkan daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga sebagai seorang yang mu’min dan muslim.

Wasil bin Ata’ tidak bersetuju dengan pendapat gurunya itu, lantas ia membentak, lalu keluar daripada majlis gurunya dan kemudian beliau mengadakan majlis lain di suatu penjuru di masjid basrah itu..

Semenjak daripada itu, maka Wasil bin Ata’ digelar sebagai kaum Mu’tazilah, kerana dia mengasingkan diri daripada majlis gurunya. Dalam pada itu juga, wasil bin Ata’ diikuti oleh seorang kawannya yang bernama Amar bin Ubaid (meninggal 145 Hijrah)

Sejarah tidak mencatat tanggal hari dan bulan penyisihan Wasil bin Ata’ dengan gurunya, namun usianya ketika itu adalah 40 tahun. Iaitu usia seseorang yang sudah bertanggungjawab, maka gerakan ini dimulai tahun 120 hijrah, kerana kelahiran wasil bin Ata’ ialah pada tahun 80 hijrah.

Kesimpulannya dapat kita katakan bahawa permulaan munculnya fahaman Mu’tazilah ialah pada permulaan abad ke 2 hijrah, yang dipelopori oleh Wasil bin Ata’ dan Amar bin Ubaid. Yang berkuasa ketika itu ialah khalifah hisyam bin Abdul Muluk daripada Bani Umaiyah, yang memerintah daripada tahun 100 Hijrah sehingga tahun 125 Hijrah. more…

Selangkah mengenali kaum Mu’tazilah (siri 1)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, untuk kali ini, Al-johory ingin ingin fokuskan kepada satu kumpulan fahaman yang menyalahi i’qtiqad ahlisunnah wal jamaah.

Al-johory sedih, apabila ada orang yang mengatakan bahawa apa yang di pelajari bagi mereka yang berpegang kepada perbahasan tauhid Asyairah sebagai berfahaman mu’tazilah.. Sedangkan Mu’tazilah dan Asyairah adalah dua entiti yang berbeza yang mana jika diteliti pada fahaman (i’qtiqad), ternyata kaum Mu’tazilah sudah terkeluar daripada golongan ‘sawadhul a’zhom’ (yakni golongan majoriti umat islam atau nama lain Ahlisunnah wal jamaah).

Jikalau begtu tohmahannya, maka apa yang dipelajari oleh kita daripada sekolah rendah sampailah ke universiti, rata-ratanya merupakan fahaman Mu’tazilah. Kerana mazhab Aqidah di Malaysia merupakan mazhab Aqidah yang dikumpulkan oleh Imam Abu Hasan Al-asyari berdasarkan Al-quran dan as-sunnah dan iqtiqad para salafusoleh. (imam Asyari pun merupakan ulama’ yang hidup pada kurun salaf). Kesimpulannya, kita semua berfahaman Mu’tazilah dan pelajar-pelajar agama di malaysia termasuk keseluruhan institusi pondok berfahaman Mu’tazilah.

Mintak maaf jika al-johory berkata kasar, tetapi kenyataan tentang golongan Asyairah berfahaman Mu’tazilah  ini keluarnya daripada mulut mereka yang jahil tentang apa itu Mu’tazilah dan apa itu ahli-sunnah wal jamaah atau Asya’irah. Lebih-lebih lagi dalam perbahasan ilmu tauhid. Mereka jahil tentang ilmu fardhu ain bagi agama (bak kata guru-guru kami, ilmu tiga serangkai).

Oleh itu, untuk  post yang mendatang, al-johory akan bertulis tentang Mu’tazilah, bagaimana fahamannya, sejarahnya, dan fahamannya yang bertentangan dengan ahlisunnnah wal jamaah. Semoga dengan kenalnya kita akan Mu’tazilah ini, dapat kita membezakan dengan iqtiqad yang benar dan iqtiqad yang salah.

InsyaAllah al-johory akan pecahkan post ini kepada beberapa bahagian agar sahabat-sahabat semua berasa selesa dan tidak terbeban dengan fakta yang terlalu banyak di dalam satu post… Allah permudahkan kita semua… Semoga kita istiqamah dalam ilmu agama… more…

Siri Tauhid (1)- Daftar Ringkas Iqtiqad Ahli Sunnah wal Jamaah.

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikumwarahmatullah.

Alhamdulillah, bersyukur kehadhrat Allah SWT dengan limpahan kurniaan nikmat, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahualaihiwasalam, ‘ama ba’du.

InsyaAllah dalam ruangan blog yang terhad ini, saya akan cuba menyampaikan secara ringkas tentang iqtiqad Ahli Sunnah wal Jamaah. Moga dengan usaha yang tak sebesar mana ini, dapat saya menyumbangkan sedikit sebanyak di dalam arena ilmu dan dakwah agama Allah tercinta ini.

Sekian banyak blog-blog dan article di internet yang menjurumuskan kepada perbuatan mentasybihkan Allah Swt yang begitu merosakkan Aqidah. Aqidah yang rosak umpama Sebiji epal yang busuk isi dalamanya akibat mamahan ulat. Luarannya cantik,  namun dalamnya sudah tidak ada nilai lagi. Sesuai dengan saranan ini, wajib bagi setiap mu’min memperkasakan diri dengan apa yang fardhu ain daripada ilmu agama. Adalah dalam ilmu agama terdapat 3 ilmu yang fardhu ain, Ilmu tauhid, Ilmu Feqh, dan Ilmu tasauf (akhlaq). Maka tidak boleh tidak bagi seorang mu’min itu berlepas diri daripada ketiga-tiga ilmu ini.

Imam Abu Hajar Al-Asqalani pernah menukilkan, more…